Ajal maut di tangan tuhan. Itulah yang boleh digambarkan bagi situasi ini kerana ramai yang tidak percaya bagaimana cara individu ini boleh terselamat daripada nahas yang berlaku sedangkan kenderaannya remuk teruk.

Baru-baru kita dikejutkan dengan sebuah lori tan telah melanggar lebih 5 buah kenderaan dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat di jalan Ipoh sehingga mengakibatkan sebuah kereta Myvi hancur remuk.

Sebuah rakaman yang tular di media sosial itu telah mendapat perhatian netizen kerana keadaan Myvi itu seolah-olah pemandunya tidak dapat diselamatkan.

Namun siapalah kita hendak melawan ketentuan Allah SWT, pemandu kereta Myvi kuning itu terselamat daripada kejadian tersebut dan dikeluarkan oleh bantuan orang awam manakala beberapa pemandu kenderaan lain mengalami kecederaan ringan.

Berkongsi pengalaman, mangsa yang dikenali sebagai Nik Adlee itu juga tidak percaya bahawa dirinya selamat daripada kemalangan itu.

@firdaushshmSemuanya kuasa Allah 😢 ##fyp ##fypシ ##kemalangan ##jalanipoh ##alhamdulillah♬ bunyi asal – mokde53

Mangsa kini berada dalam keadaan stabil namun masih belum sembuh kerana mengalami sakit-sakit badan, tengkuk dan mengalami jahitan di mulut akibat nahas itu.

“Betul Tuhan selamatkan saya la. Betul-betul dekat kerusi driver je tak remuk yang lain semua remuk”

“Kereta pun tak meletup pun kira nasib baik la tu” ujar Nik Adlee lagi.

Dalam pada itu, Nik Adlee tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana menganggap itu adalah takdir tuhan untuknya dan turut mengucapkan rasa syukur kerana Allah masih memberi peluang untuknya meneruskan hidup juga kepada orang ramai yang membantunya keluar daripada kenderaan semasa kejadian berlaku.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh, pemandu lori terbabit dipercayai di bawah pengaruh dadah dan masih dalam siasatan untuk mendapatkan keterangan lanjut.

Alhamdulillah abang Nik sudah discharge

@firdaushshmReply to @zad.trump Alhamdulillah Abang Nik sudah discharge. ##fyp ##fypシ♬ original sound – firdaushshm

Terima kasih kepada semua yang tolong Abang Nik keluar dari kereta.

@firdaushshmReply to @faraf4uzi Terima kasih kepada semua yang tolong Abang Nik keluar dari kereta. ##fyp ##fypシ

♬ original sound – firdaushshm

Ramai nak tahu siapa driver lori tu tapi Abang Nik pun tak perasan siapa.

@firdaushshmReply to @wanfazrel Ramai nak tahu siapa driver lori tu tapi Abang Nik pun tak perasan siapa. ##fyp ##fypシ

♬ original sound – firdaushshm