[VIDEO] Suara Pelajar OKU Nyanyi Lagu Bidadari Syurgamu Tarik Perhatian Siti Nurhaliza

Kehangatan drama pilihan ramai 7 Hari Mencintaiku 2 terus dirasai walaupun drama tersebut telah habis ditayangankan.

Tidak dapat dinafikan, drama tersebut memang mendapat tempat di hati peminat drama Melayu.

Bidadari Syurgamu turut mendapat perhatian

Tambahan pula Ost drama tersebut yang berjudul Bidadari Syurgamu nyanyian Dato Siti Nurhaliza turut menjadi perhatian.

Malahan, ramai yang membuat cover lagu tersebut. Diantara yang sedang menjadi perhatian adalah nyanyian daripada seorang pelajar istimewa.

Selain itu, difahamkan pelajar istimewa tersebut bersekolah di SMK Pendidikan Khas Setapak.

Cover Bidadari Syurgamu paling sedap

Menerusi satu video nyanyian yang telah dikongsikan oleh seorang guru dikenali sebagai Cik Intan Natika yang merupakan pengajar di kelas pendidikan khas.

Apa yang sangat mengejutkan adalah pelajar yang bernama Suhaila yang mempunyai masalah penglihatan.

Kurniaan istimewa

Namun begitu, Suhaila mempunyai bakat mengkagumkan dalam bidang nyanyian apabila dia dapat menyampakan lagu Bidadari Syurgamu dengan sangat baik.

Oleh kerana kemerduan suara Suhaila, video tersebut turut menarik perhatian Dato Siti Nurhaliza yang menyifatkan bakat gadis itu sebagai kurniaan istimewa.

Semoga adik Suhaila terus berjaya dalam bidang nyanyian

Nyanyian Suhaila mendapat pujian ramai, kesemuanya kagum dengan bakat yang ada pada gadis ini.

Semoga bakat adik Suhaila dapat digilap dan boleh pergi lebih jauh dalam bidang nyanyian.