[VIDEO] “Solat asar 3 rakaat.. eh 2.. eh” Minta Derma Untuk Tahfiz, Lelaki Ini Kantoi Menipu

Sekarang ni kalau korang perasan, ramai individu yang menggunakan agama untuk meminta derma. Kita pun jadi tak pasti yang mana betul-betul memerlukan dan juga mereka yang menipu dan hanya menggunakan agama demi kepentingan sendiri. Baru-baru ni, tular di laman media sosial mengenai seorang lelaki meminta derma telah di soal mengenai jumalah rakaat solat asar namun [...]

Zaman sekarang terlalu ramai individu yang menggunakan nama agama untuk meminta derma dan sedekah.

Kebanjiran golongan ini menyebabkan kita pun jadi tak pasti yang mana satu betul-betul memerlukan ataupun mereka yang menggunakan agama demi kepentingan diri.

Terbaru, tular di laman media sosial tentang seorang lelaki yang leka meminta derma telah di soal siasat.

Lelaki tersebut telah ditanya soalan asas iaitu mengenai jumlah rakaat solat Asar tetapi dia gagal menjawabnya dengan betul.

Menerusi perkongsian di Twitter oleh @potteraFARHAN, lelaki tersebut didakwa menyamar sebagai individu yang ditugaskan untuk mengutip derma bagi salah sebuah tahfiz di Sungai Petani, Kedah.

Walaubagaimanapun, taktik nya itu mudah terbongkar apabila dia tidak dapat menjawab soalan mudah tentang asas solat.

“Tadi solat tak? Solat dekat mana?” – Perakam

“Solat. Zuhur tadi solat pukul 1.” – Peminta derma

“Solat asar berapa rakaat?” – Perakam

“Dua.. eh tiga.. eh..” – Peminta derma

Pemuda tersebut kelihatan takut setelah tahu dirinya sudah terperangkap kerana memberikan jawapan yang salah.

Lebih-lebih lagi apabila perakam mengatakan mahu mengahantarnya ke balai polis jika dia tidak berterus terang.

Bimbang dirinya dihantar ke balai, lelaki itu akhirnya mengaku bahawa dia bukan datang dari sekolah tahfiz dan hanya mereka-reka nama pusat penajian itu untuk mendapatkan wang dengan mudah.

“Saya janji, saya menipu jual agama pakai nama tahfiz, saya tak buat lagi”

“Tahfiz kulai besar, Sungai pertanian” 

Perkongsian di Twiiter ini telah menimbulkan pelbagai reaksi dari netizen. Rata-rata sangat marah kerana golongan ini mempergunakan agama demi kepentingan diri sendiri.

Namun ada juga yang mahukan pemuda tersebut diberikan peluang kedua agar insaf dan bertaubat.