[VIDEO] “Setiap orang melakukan kesalahan..” Terharu Dapat Jumpa Anak-anak, Akhirnya Shuk Sahar Bersuara

Akhirnya setelah beberapa hari berdiam diri susulan kes kecurangann dengan wanita lain didedahkan isteri di Instagram, penyampai radio Hot fm, Shuk Sahar, 35, telah membuat satu perkongsian terbaru di media sosialnya sebentar tadi.

Menerusi video tersebut, dia telah datang bertemu dengan anak-anaknya yang berlari mendapatkan pelawak tersebut kerana terlihat merindui sosok ayah mereka.

Shuk mengakui segala salah dan silapnya terhadap keluarga dan dia juga sedar bahawa memang sukar untuk menjernihkan kembali apa yang telah terjadi selama ini.

Walau bagaimanapun, selebriti tersebut memaklumkan yang dia sanggup demi kembali mendapatkan keluarga dan kebahagiannya semula.

“Setiap orang malakukan kesalahan..dan ini adalah kesalahan dan kesilapan saya..
Ye bukan senang dan bukan mudah untuk jernihkan air yang telah keruh..

“Apa pun saya sanggup demi dapatkan balik keluarga dan kebahagian saya!!”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@shuk_hotfm)

Terdahulu, Shuk telah digantung kerja serta merta sebagai penyampai radio Hot FM di slot Geng Pagi Hot.

Pihak pengurusan stesen radio Hot FM mengesahkan tindakan tersebut diambil terhadap Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 35, menerusi satu kenyataan media hari ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@shuk_hotfm)

“Penggantungan sementara perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio adalah untuk memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk melakukan siasatan dalaman tentang isu beliau yang sedang tular di media sosial.

“Perkembangan terkini penggantungan Shuk akan diumumkan oleh pihak pengurusan Hot FM selepas siasatan dalaman selesai,” katanya.

Kisah rumah tangga penyampai radio itu sekali lagi menjadi bualan hangat apabila isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah mendedahkan kecurangannya bersama wanita lain menerusi media sosial pada Sabtu lalu.

Shuk dikatakan tidak pulang ke rumah dan berada di rumah wanita yang didakwa sebagai kekasihnya sehingga menyebabkan isterinya bertindak untuk mendedahkan kepada umum.

Menerusi beberapa posting dimuat naik di Instagramnya, isteri Shuk, Rossalennah Natassyiah Asshaferah mendedahkan suaminya itu masih menjalinkan hubungan dengan wanita sama yakni Fara Salleh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FOUNDER ROSSA SHOP (@rossa.sera)

“Selama ni aku diam dah sabar dan bertahan. Diam demi menjaga aib suami.

“Tapi semakin lama diam diorang semakin menyakitkan hati. Satu sibuk mengejar bujang, yang bujang tak sedar diri buktikan dia tak bersalah dan tak ganggu rumah tangga orang,” katanya.

Menurut Rossa lagi, dia juga bertindak menerjah ke rumah Fara untuk meminta suaminya pulang ke rumah, namun terpaksa beredar dengan hampa.

“Allah tu maha adil naluri isteri tak pernah salah. Aku dah merayu menangis depan pintu minta belas kasihan, kau usir aku.

“Kau campak kasut Shuk depan aku suruh bawa balik. Apa dosa aku sampai aku kamu buat macam ni.

“Aku ada anak-anak perlu jaga. Terima kasih kerana dah tinggalkan aku dengan anak-anak.

“Aku dah bertahan sampai saat ini menutup segala cela yang buruk demi masa depan anak-anak.

“Tapi hari demi hari, kau buang aku dengan anak-anak.

“Malam ni perjalanan aku jauh sangat, orang lain tidur, aku berkeliaran cari laki aku dimana,” katanya.

Shuk dan Rossalennah berkahwin pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berumur setahun.