[VIDEO] Selepas Tular Hambur Kata-kata Kesat, Eira Aziera Tampil Menangis Mohon Maaf

KURANG seminggu, nama seorang influencer media sosial hangat diperkatakan gara-gara dua isu berbeza yang menjadi kontroversi. Pertama, usahawan wanita itu mendakwa dihalau ketika membuat reviu produk menerusi video penstriman secara langsung (FB Live) di sebuah restoran popular di Melaka. Susulan kontroversi itu, satu video lamanya pula tersebar menunjukkan dia didakwa memaki seorang pengguna Facebook dan [...]

Tak sampai seminggu, nama seorang wanita hangat diperkatakan di media sosial gara-gara dua isu berbeza.

Pada mulanya, usahawan wanita itu mendakwa dihalau ketika membuat reviu produk menerusi video penstriman secara langsung (FB Live) di sebuah restoran popular di Melaka.

Susulan isu tersebut, satu video lamanya pula tersebar menunjukkan dia didakwa memaki seorang pengguna Facebook dan melakukan bodyshaming ke atas wanita berkenaan.

Usahawan berkenaan yang lebih dikenali sebagai Eira Aziera kemudian tampil membuat permohonaan maaf secara terbuka berhubung dua insiden yang tular membabitkan dirinya.

Wanita berusia 37 tahun itu turut merakamkan video dengan membuat permohonan maaf di halaman Facebooknya pada Selasa.

“Jujur Eira katakan, salah tetap salah. Sebagai individu yang jauh lebih muda Eira seikhlas hati memohon maaf sebab pada ketika itu Eira gagal mengawal emosi dan amarah sehingga tutur dan kata Eira telah menyinggung hati banyak pihak.

“Insiden-insiden tersebut menyebabkan ramai follower yang Eira sayang telah berkecil hati dan sekali gus timbul pelbagai salah faham dan prasangka buruk,” katanya sambil menambah bahawa kejadian yang berlaku turut memberi kesan amat mendalam kepada keluarganya.

Berasal dari Alor Setar, usahawan itu memberitahu, dia kesal dengan apa yang berlaku dan mahu memperbaiki dirinya.

“Eira secara peribadi sangat kesal dan berilah peluang kepada Eira untuk memperbaiki diri, tutur dan kata Eira pada hari-hari yang mendatang, insyaAllah.

“Permohonan maaf ini dibuat seikhlas hati Eira dan kepada kalian semua yang telah memberikan komen-komen negatif terhadap Eira sejujurnya Eira telah berlapang dada dan maafkan semua.

“Kerana anda semua berhak untuk berasa kecewa dengan Eira. Keputusan Eira untuk tampil membuat permohonan maaf terhadap kedua-dua pihak ini dan juga memberi kemaafan untuk anda semua membuatkan Eira lebih tenang menghadapi ujian ini,” katanya.

Sehubungan itu, Eira berharap agar pemilik restoran di Bandar Hilir di Melaka dan pengguna Facebook yang menjadi mangsa kritkan body shaming itu dapat menerima permohonaan maafnya.

“Serta seluruh ahli keluarga yang terkesan dengan perbuatan Eira dapat memaafkan kesalahan Eira yang dibuat sama ada secara sengaja mahupun tidak sengaja melalui posting live di Facebook yang terlibat.

“Maaf adalah tanda keikhlasan selepas melakukan kesilapan. Kerana manusia tidak pernah lari dari melakukan kesalahan. Manusia tidak sempurna begitu juga saya Eira Azira,” katanya.

Sebelum ini tular video wanita tersebut menghamburkan kata-kata kesat kepada seorang wanita yang telah menimbulkan kecaman orang awam.