[VIDEO] “See my level..” Jep Jadi Diva AA, Cik B Muncul Dalam Sepahtu Buat Penonton Berdekah

Kumpulan lawak Sepahtu sememangnya mempunyai peminat mereka tersendiri. Selain keluar dengan projek Sepahtu Reunion mereka juga aktif sebagai penyampai radio.

Rancangan Sepahtu Reunion yang kini bersiaran setiap hari Jumaat jam 9 malam di Astro warna sememangnya dinantikan oleh peminat sitkom tanah air.

Pada setiap minggu, rancangan sitkom spontan ini akan mengundang selebriti lain tanpa diketahui oleh ahli kumpulan Sepahtu sendiri.

Produksi Sepahtu Reunion jemput Cik B datang

Pada episod malam tadi, sketsa Sepahtu Reunion gamat apabila anak kepada usahawan terkenal Dato’ Seri Vida iaitu Cik B di jemput hadir bagi memeriahkan lagi sitkom.

Namun begitu, apa yang mencuti hati adalah tindakan spontan Jep iaitu anggota kumpulan Sepahtu berlagak seperti Azwan Ali cukup menghiburkan.

Perkara itu telah menarik perhatian orang ramai sehingga memuat naik sedutan daripada sitkom tersebut di Twitter.

Tongkat pun boleh tukar jadi monopod

Rakaman video scene yang mencuit hati itu telah dilakonkan oleh Jep yang tidak semena-mena mengambil tongkat props.

Beliau telah menjadikan objek itu seperti monopod yang sering digunakan Azwan Ali atau Diva AA seolah-olah merakam dirinya bersama Cik B.

Difahamkan, bahawa ketika ini Cik B dan Diva AA mempunyai sedikit konflik sehingga berurusan dengan peguam masing-masing.

See my level
Tindakan spontan Jep itu bukan sahaja telah membuatkan penonton yang berada di studio tersebut terhibur, malahan penonton dirumah juga gelak terbahak-bahak.

Penularan video tersebut turut mendapat perhatian ramai dan netizen telah meninggalkan komen yang pelbagai di ruangan Twitter.

Sementara itu, mereka mengakui bahawa terhibur dengan lawak tersebut dan ada juga yang meminta Jep supaya berhati-hati dalam masa terdekat kerana khuatir akan didakwa oleh individu berkenaan.