[VIDEO] “Sedap sangat makan, Pengantin lalu pun tak sedar” Anzalna Leka Makan Banyak

Anzalna Nasir yang kini sarat mengandung anak sulung telah memuat naik satu video semasa majlis persandingan Nelydia Senrose dan pasangannya.

Di dalam video tersebut nampak Anzalna terlalu leka makan sampai tak sedar pangantin sudah sampai.

Menerusi kapsyen di Instagram, Anzalna dengan bergurau menyalahkan Sherry Alhadad dan Fazurra yang tidak memberitahunya tentang ketibaan kedua mempelai.

@sherry_alhadad kenapa tak bagitau i pengantin tengah jalan? @missfazura kenapa kantoikan i makan banyak! Laaaa salahkan orang… Melampau la Beyoncit ni! Tapi pengantin semalam cantik gila! Congrats again @nelydiasenrose and husband

Rata-rata netizen terhibur dengan video tersebut dan ada mengatakan perkara itu biasa bagi ibu yang mengandung.

Sebelum ini, Anzalna dikatakan mendapat kejutan daripada suaminya yang menghadiahkan sebuah kereta mewah Maserati dengan dikongsi di laman sosial Instagram.

“Kerana kejutan adalah lebih baik daripada janji,” tulis ahli perniagaan tersebut.

 

“Kereta impian & lelaki impian saya. Mimpi jadi kenyataan.” – Anzalna Nasir

Gambar berkenaan mendapat perhatian netizen untuk memberikan pelbagai komen yang rata-rata berdoa agar pasangan bahagia itu sentiasa dimurahkan rezeki.

Anzalna atau nama penuhnya Nur Anzalna Md Nasir bernikah dengan suaminya pada Januari 2016 dan kini sedang hamil anak pertama berusia enam bulan.

Nur Anzalna Md Nasir atau lebih dikenali sebagai Anzalna Nasir (lahir 9 Januari 1988) ialah seorang model dan pelakon wanita Malaysia.

Beliau merupakan salah seorang finalis Dewi Remaja 2009/2010 bersama-sama dengan Neelofa, Izara Aishah, dan Syatilla Melvin.

Anzalna merupakan anak kedua daripada lima beradik yang kesemuanya perempuan, dilahirkan pada 9 Januari 1988 di Tasek Gelugor, Pulau Pinang dan memiliki darah kacukan Melayu, Cina ,Punjabi dan Bugis.

Bapanya berketurunan Cina manakala ibunya berketurunan Punjabi, Anzalna dibesarkan di beberapa tempat.

Beliau bersekolah di Montreal, Kanada dari 1996 hingga 1998 sementara mengikut ayahnya melanjutkan pelajarannya di McGill University, Kanada.

Beliau mendapat pendidikan awalnya di Coronation Elementary School dan kemudiannya belajar di Sinclair Laird Elementary School dan diikuti oleh Bancroft Elementary School.

Selepas bapanya menamatkan pelajaran, Anzalna kembali ke Malaysia dan bersekolah di SMK Munshi Abdullah dan SMK Khir Johari.

Beliau meninggalkan Malaysia pada 2004 untuk mengikut bapanya yang melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran di Universiti Tasmania, Australia.

Beliau menyambung pelajarannya di Brooks High School, Launceston dan Launceston College di Tasmania untuk mendapatkan Diploma.