[VIDEO] Sebijik Muka & Suara Nabil Ahmad, Kembar Nabil Buat Netizen & Selebriti Berdekah

Ahmad Nabil bin Ahmad atau Nabil Ahmad merupakan seorang pelawak, pengacara, penyampai radio, penyanyi dan pelakon Malaysia.

Nabil yang kini aktif sebagai pengacara membuatkan ramai tidak jemu melihatnya apatah lagi menerusi rancangan Meletop.

Bakal pengacaraan Nabil terserlah

Bakat pengacaraan yang ada pada beliau  semakin dikagum dengan kebolehannya dalam mengacara rancangan hiburan semakin diminati.

 

View this post on Instagram

 

Friend-ster for eves and mintak halal hutang 😁😁😁😁😁 #thankyoulofa #meletop @neelofa

A post shared by Nabilzira (@nabilzira) on

Walaupun Nabil Ahmad mengacara seorang diri, beliau mampu mengendalikannya dengan baik dan masih berjaya membuatkan penonton terhibur.

Lelaki seiras wajah Nabil Ahmad

Apa yang lebih menarik adalah menerusi Instagram Meletop satu video memaparkan seorang jejaka yang dikatakan mempunyai iras sepertinya

Sebelum ini Neelofa berjumpa dengan kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai adik Naura yang mempunyai iras sebijik sepertinya dan kali ini pula ramai akui jejaka yang tular ini seperti kembar Nabil Ahmad pula.

Bukan sahaja muka, suara pon sama macam Nabil

Sementara itu, menerusi video TikTok dikongsikan ini, dapat melihat jejaka berkenaan sedang ‘membebel’ dan ternyata bukan wajahnya saja yang menjadi tumpuan netizen malah suara juga dikatakan sebijik seperti Nabil Ahmad.

 

View this post on Instagram

 

Sampai hati @nabilzira tak bagitahu pon dia ada kembar!! 😏 #MeleTOP . Source : Tiktok

A post shared by MeleTOP (@meletop) on

 “Sampai hati Nabil tak bagitahu pon dia ada kembar!!”

Ramai yang komen memang seiras Nabil

Sementara itu dalam masa yang singkat, perkongsian video di laman Instagram Meletop menerima pelbagai reaksi lucu ramai yang rata-rata pengguna media sosial akui bahawa dia seperti kembar pengacara terkenal ini.

Selain itu, beberapa selebriti popular tanah air turut meninggalkan reaksi mereka selepas melihat video TikTok yang tular itu.