Angka jangkitan pandemik di negara kita semakin di tahap membimbangkan. Jumlah jangkitan harian telah mencecah 5 angka sejak dua hari ini.

Malah pelbagai cerita yang dikongsikan oleh bekas-bekas pesakit dan keluarga yang melalui detik-detik mereka disahkan positif virus ini.

Suami Datin Rebecca mengalami sesak nafas 

Begitu juga dengan pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam melalui detik cemas apabila suaminya, Datuk Nor Azam Sulaiman yang positif dan menjalani kuarantin kendiri di rumah mengalami sesak nafas pada Selasa.

Berkongsi lebih lanjut Rebecca berkata, dia menghubungi ambulans bagi membawa suaminya itu mendapatkan rawatan.

Suami saya disahkan stage 4

Namun, malangnya semua hospital swasta penuh dan tidak dapat menerima pesakit yang positif.

“Tengah hari semalam suami saya sesak nafas dan disahkan stage 4. Kadar oksigen suami berada dalam keadaan rendah.”

Saya jadi takut dan panik 

“Saya jadi takut dan panik dengan anak lagi. Jadi adik-beradik suami tolong telefon ambulans dan cuba dapatkan katil di hospital swasta.”

“Saya teman suami naik ambulans, tinggalkan sekejap anak-anak. Ketika itu saya masih hubungi mana-mana hospital swasta di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor tapi jawapan semua menghampakan, ” katanya sambil menangis menerusi sesi Instagram live pada Rabu.

Suaminya ke hospital swasta kerana fasiliti kerajaan kini kritikal

Menurut Rebecca, selepas menunggu hampir seharian akhirnya dia dihubungi sebuah pusat perubatan yang memberitahu terdapat kekosongan untuk rawatan pesakit Cvid-19.

Rebecca, 35, menjelaskan tindakannya menghantar suami ke hospital swasta adalah kerana memahami fasiliti kerajaan kini kritikal dalam menguruskan pesakit virus ini.

Apa yang saya boleh usahakan, saya usahakan

“Bukan saya kata hospital kerajaan atau Maeps tak bagus, saya tak cakap begitu.”

“Tetapi saya takut tengok keadaan di sana lagi worst. Apa yang boleh saya usahakan, saya usahakan untuk suami dapat rawatan di hospital swasta.”

Sayang tolong jangan tinggalkan saya

Pada tengah hari semalam suami saya sesak nafas dan disahkan stage 4 Kadar oksigen suami berada dalam keadaan rendah.

“Saya tak sampai hati tengok suami menangis. Dia kata pada saya, sayang tolong jangan tinggalkan saya. Tapi saya sedih tak dapat temani dia ketika ini.”

Saya minta anda semua doakan kami

“Saya minta anda semua doakan untuk suami, anak-anak serta pembantu rumah saya juga, ” kata Rebecca yang turut disahkan positif.

Sementara itu, Rebecca turut meminta agar kerajaan melaksanakan ‘total lockdown’ memandangkan keadaan negara yang semakin teruk.

Walau kerugian besar tapi kita bercerita pasal nyawa

“Anda (kerajaan) kena (buat) total lockdown! Apa yang saya cakap anda kena dengar, tolonglah.”

“Walaupun kerugian besar untuk negara tetapi kita bercerita fasal nyawa sebab saya dah kena dalam situasi ini saya jadi fobia.”

Badan kami sekeluarga macam kena hempap pokok, sakit sangat

“Badan kami satu keluarga macam kena hempap dengan pokok, sakit sangat-sangat.”

“Batuk, sakit dada, ada yang kena cirit-birit. Ya Allah, semoga Allah tarik sakit kita dan lindungi kita semua, ” katanya.

Rebecca mengesahkan dia dan tujuh anggota keluarga serta tiga pembantu rumah positif virus itu pada Khamis.

Selain suami 6 anak turut disahkan positif

Difahamkan selain suami, enam orang anak mereka iaitu Nor Khayrin, Nor Adam Daniel, Nor Anggun Raverra, Nor Aliff Al Raffael, Nor Ahmet Al Reaggan, Nor Aurora Riana antara yang turut dijangkiti virus berkenaan.

Menerusi laman Instagram, pelakon ini turut berkongsi satu video mengenai pengalama yang dilaluinya.

Saya sayang suami, anak-anak saya dan rakyat Malaysia

“Saya share pengalaman yang menakutkan. Khas untuk semua rakyat Malaysia. Saya sayang suami, saya sayang anak anak, saya sayang anda semua rakyat Malaysia”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dan mendoakan agar keluarga pelakon ini kembali pulih.

Malah netizen turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga SOP dan kebersihan diri memandangkan angka jangkitan positif semakin tinggi setiap hari.

"If you cannot do great things, do small things in a great way." Napoleon Hill.