[VIDEO] “Saya memohon maaf kepada..” Positif COVID-19, Luahan Ashraf Muslim Buat Keluarga

Pelakon, Ashraf Muslim mengesahkan dirinya positif COVID-19, menerusi satu hantaran dilaman Instagram dan Facebook miliknya. Ashraf merupakan salah seorang daripada 18 orang lain termasuk kru yang menjalani penggambaran drama di Scotland pada 9 Mac lalu. Menurut Ashraf, beliau merasa sebak apabila mengetahui keputusan daripada saringan COVID-19 miliknya yang dilaporkan positif, namun redha dengan ketentuan Allah [...]

Pelakon popular, Ashraf Muslim telah mengesahkan dirinya positif COVID-19, menerusi satu hantaran di laman Instagram dan Facebook miliknya.

Merupakan salah seorang daripada 18 orang lain termasuk kru yang menjalani penggambaran drama di negara Scotland pada 9 Mac lalu, Ashraf menjadi mangsa terbaru wabak tersebut.

Ashraf berkata beliau merasa sebak apabila mengetahui keputusan daripada saringan COVID-19 miliknya yang dilaporkan positif, namun Ashraf redha dengan ketentuan Ilahi.

“Assalamualaikum…Tanggal 12hb April 2020 menjadi jawapan bagi AM ttg keputusan Sample covid19. Yer.. saya dijangkiti virus Covid19.

“Sewaktu itu walaupun sebak didada bila mendapat tahu jawapan tapi saya redha dgn pilihan Allah.. ada hikmah disebaliknya. Maafkan saya ahli keluargaku, sahabat2 dan rakan-rakanku.

“Dan please tolong doakan yg baik utk saya dan pesakit-pesakit disini dan juga kita semua, semoga Allah jauhkn wabak ini dan berterusan lagi serta sihatkan kita semua.

“Disini juga saya memohon maaf kepada rakan-rakan wartawan yg cuba menghubungi saya sebelum ini, harap faham dgn situasi saya.

“Dan mama, ibu , sarah, adam, anas dan safiyyah doakan ayah sungguh-sungguh supaya clear dr covid ni cepat yer.. supaya kita dapat jumpa ramai-ramai.

“Ayah rindu sangat.. tp jangan risau yer ayah ok kat sini sihat dan bole solat dan baca quran mcm biasa.

“Sama kita berperasangka baik pada Allah.. hanya DIA yg berikan penyakit dan dari DIA jua yg memberikan kita kesembuhan.. Allahualam.

“Assalamualaikum wbt.”

Di kesempatan itu Ashraf turut meminta agar orang ramai mendoakan kesihatan dirinya dan pesakit-pesakit lain agar kembali sembuh dan juga memohon maaf pada semua.

Sebelum ini, lima kru termasuk dua pelakon, Puteri Aishah, Puteri Rayyana Rayqa dan ibu Rayqa iaitu Syira juga disahkan positif wabak COVID-19.