[VIDEO] “Saya bagi 2 minit” Baru Nak Bergambar Kasut Berlampu, Lelaki Ini Ditegur Polis

Media sosial kini menjadi satu platform untuk semua orang berkongsi pendapat aktiviti dan hobi mereka.

Selain itu, trend bergambar bersama pakaian dan kenderaan adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan dengan masyarakat kita terutama golongan muda di luar sana.

Muatnaik gambar di media sosial

Jika bercuti atau keluar ke mana-mana pasti ada sahaja gambar yang ingin diambil untuk dikongsi bersama rakan dan followers di media sosial.

Sudah menjadi kebiasaan, orang ramai pasti tidak akan mengendahkan perbuatan tersebut dan mereka biasanya akan berlalu pergi sahaja setiap kali melihat telatah orang-orang muda ini.

Baru nak photoshoot, sekali kena tegur dengan polis

Namun dengan situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa ketika ini, seorang lelaki menerima teguran daripada pihak polis ketika cuba bergambar baru-baru ini.

Menerusi perkongsian video yang tular di Twitter, lelaki tersebut yang sedang bersiap untuk mengambil gambar bersama motosikal dan kasut berlampu miliknya di tepi jalan.

Saya bagi dua minit sahaja

Kemudiannya, apa yang menarik perhatian adalah apabila rakannya berkongsikan satu video pengalaman dia ditegur itu.

“Okay encik lepas ambil gambar beredar ya”.

“Jangan kumpul-kumpul, saya bagi dua minit saja,” laung polis melalui pembesar suara.

Perkongsian video tersebut yang dibuat rakannya sejak semalam itu sudah pun mendapat hampir 100,000 tontonan.

Polis pun faham ragam anak muda

Malah, rata-rata netizen tidak dapat menahan ketawa dan meninggalkan pelbagai reaksi apabila melihat gelagat lelaki tersebut.

“Mati-mati aku ingat benda halus tegur ke apa tadi last-last rupanya abang P,”komen netizen di perkongsian tersebut.

Komen netizen yang mencuit hati

“Ingatkan nak terbang, polis tu macam faham saja anak-anak muda zaman sekarang, bukan main serius polis tu, hahaha.

Semoga semua rakyat Malaysia mematuhi peraturan yang dikeluarkan ketika PKP ini dan negara kembali aman seperti sebelum ini.