[VIDEO] Sarat Hamil Mengidam Nak VC Dengan Artis Korea, Suami Pelakon Ini Tunaikan Idaman Isteri

Isteri yang mengidam ketika hamil adalah perkara yang biasa kita dengar, selalunya wanita-wanita yang hamil ini mengidam makanan atau sesuatu yang mereka idamkan bahkan sehingga ada yang merajuk jika tidak ditunaikan permintaannya.

Mereka bukan sahaja mempunyai keinginanan yang luar biasa malah boleh melakukan sesuatu diluar jangkaan.

Itulah yang terjadi kepada seorang aktress terkenal di Indonesia iaitu Felicya Angelista yang mengidam meminta sesuatu yang luar biasa kepada suaminya Caesar Hito.

Menurut perkongsian di Instagram Felicya dia yang kini hamil 6 bulan telah mengidam untuk bertemu dengan pelakon Korea iaitu Song Joong Ki.

Oleh kerana tidak dapat pergi ke luar negara untuk berjumpa dengan aktress Korea itu, dia telah meminta untuk membuat panggilan video bersama aktress itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Felicya Angelista (@felicyangelista_)

Apa yang mengejutkan apabila suaminya Caesar Hito berjaya menunaikan permintaanya itu dengan membuat panggilan untuk berbual bersama Song Joong Ki.

Felicya Angelista mengucapkan tanda syukur kerana suaminya berusaha untuk menunaikan permintaannya yang tidak disangka akan termakbul walaupun pada mulanya dia hanya bergurau sahaja.

“Impian ku untuk video call bersama dengan idola ku kesampaian,” tulis Felicya.

Impian Felicya untuk berbual dengan bintang drama Vincenzo itu termakbul dengan bantuan dari sahabat Hito, iaitu Raymond yang berada dalam video berkenaan dan emakai kemeja warna biru.

Di dalam video yang dikongsikan itu, kelihatan Song Joong Ki melambaikan tangan dan tersenyum padanya.

Menerjah ke ruangan komen, rata-rata netizen cemburu dengannya bahkan rakan artis yang juga meminati aktress Korea tersebut turut meluahkan rasa cemburu kerana Felicya sangat beruntung kerana dapat bercakap dengan Soong Joong Ki.

“Jiwa iri ku datang,” tulis seorang netizen.

“Mau juga,”

“Tak boleh tahan cemburuu”

Tidak hanya itu, netizen turut memuji usaha suaminya yang sanggup menunaikan permintaan ibu hamil itu kerana tidak semua para suami sanggup berusaha sedemikian.

Video pendek yang dikongsikan oleh Felicya Angelista itu telah mencecah lebih 3 juta tontonan di akaun Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Felicya Angelista (@felicyangelista_)