[VIDEO] “Sampai menangis Matin,” Asyik Kelahi, Cara Raissuddin Nasihat Anak Siti Sarah Undang Sebak

Kalau sudah namanya adik beradik, bergaduh sudah jadi sangat sinonim. Kadang-kadang, penyebabnya adalah sekecil-kecil hal.

Contohnya sebab susu terlebih 1mm dari abang sahaja. Tapi perang berlarutan sampai ke malam.

Sunyi kalau tiada ragam gelak tawa dan gurau senda anak=anak ketika dirumah. Namun, kalau dah bergaduh, penjaga pula yang boleh naik hantu. Silap haribulan boleh bertukar jadi raksasa agaknya!

Terbaru, Shuib ada berkongsi satu video di laman Instagram Allahyarham Siti Sarah Raissuddin dengan menunjukkan telatah serta ragam ketiga-tiga anak kesayangannya ketika di rumah.

Berdasarkan video pendek tersebut, menyaksikan ketiga-tiga anaknya iaitu Uwais, Talita dan Matin baru sahaja lepas bertengkar antara satu sama lain.

Bagaikan sesi ‘kaunseling’, mereka bertiga menuruni anak tangga ‘menghadap’ datuk mereka, Raissuddin Hamzah sambil sedang menangis.

“Ramai yang tunggu perkembangan anak-anak, dekat sini kami akan kongsikan suka, duka, gelak, tawa mereka.. Macam-macam ragam sementara nak besar.”

“Ini semua hanya teguran seorang atok untuk cucu-cucunya, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Terima kasih tak terhingga kepada semua yang sentiasa mendoakan mereka, semoga doa-doa yang baik itu berbalik kepada kamu semua ya.”

Raissuddin yang juga merupakan seorang penyanyi dan pelakon Malaysia era 1980-an itu sempat memarahi dan dalam masa yang sama menasihati ketiga- tiga cucunya agar tidak bertengkar dengan satu sama lain.

Sambil memegang rotan, dia juga turut memaklumkan pertengkaran adalah satu perkara yang langsung tidak mendatangkan manfaat kepada sesiapa sebaliknya hanya mengeruhkan lagi hubungan baik antara adik beradik.

“Kalau ibu ada, dia pukul tak? Korang ni dipanggil anak yatim, tak ada ibu. Kalau daddy mati, dipanggil anak yatim piatu tak ada mak bapa. Korang nak sayang siapa?”

Atuknya yang kelihatan tegas itu juga sempat menyakat cucu kesayangannya kononnya ingin memisahkan mereka bertiga untuk dihantar ke Kepong, Klang dan Ulu Klang. Mana tak kecut perut cucu-cucunya tu!

Matin iaitu anak ketiga Shuib dan Allahyarham Siti Sarah menangis sebaik sahaja mendengar apa yang diberitahu oleh atuknya itu lalu merayu agar atuknya mengubah fikiran dan tidak menghantar mereka ke sana.

Namun pada akhirnya, hasil didikan yang baik daripada keluarga, Ketiga-tiga mereka kemudian meminta maaf dan mengakui kesalahan yang dilakukan serta berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Terdahulu, Shahmira Muhamad (Shuib) telah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 bersama Siti Sarah Raissudin dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan yang terbaru Ayyash Affan.

Ayyash Affan dilahirkan secara pramatang pada 6 Ogos lalu ketika Siti Sarah bertarung nyawa kerana jangkitan Covid-19 dan beberpa hari selepas itu, Siti Sarah disahkan menghembuskan nafas terakhirnya.

“Ya, Ayash Affan. Itulah nama anak kami. Sarah yang pilih nama tu. Beriya-iya dia mahu nama Ayash Arfan sebab maksudnya bekerja keras, cerdik, cerdas dan pandai,” ungkap Shuib