[VIDEO] Resepi Aiskrim Malaysia Ala Magnum Yang Sedap, Mudah Dan Confirm Jadi.

Dari zaman dulu lagi aiskrim bunjut atau lebih sinonim dengan panggilan aiskrim Malaysia ini merupakan aiskrim kegemaran ramai.

Aiskrim Malaysia ini dahulu hanya mempunyai perisa yang terhad seperti milo, asam masin, anggur, jagung dan kacang merah.

Walaupun kini pelbagai jenis aiskrim di pasaran namun aiskrim Malaysia masih mempunyai peminatnya tersendirii.

Seperti yang kita ketahui, harga aiskrim Malaysia ini jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga aiskrim yang banyak terdapat dipasaran ketika ini.

Ekoran sambutan yang menggalakkan, ramai peniaga kecik aiskrim Malaysia telah mempelbagaikan jenis perisa aiskrim ini.

Antaranya perisa yang tular sebelum ini adalah aiskrim Malaysia perisa coki. Rasa campuran susu dan coklat coki ini mendapat sambutan hangat dari peminat aiskrim Malaysia.

Terkini, satu lagi perisa telah tular adalah aiskrim Malaysia perisa coklat magnum. Aiskrim ini mempunyai coklat keras dibahagian luarnya dan susu lemak dibahagian dalamnya.

Mari kita lihat resepi aiskrim Malaysia magnum yang dikongsi oleh saudari Siti Masitah Awang Kechik ini.

Resepi Aiskrim Malaysia Ala Magnum

Bahan A

  • 200 ml whipping cream (boleh cari dikedai bakeri, jenama Shani harga Rm 4.90 sekotak)
  • 200ml susu full cream dutch lady
  • 250ml susu pekat manis
  • 1tbs ovalet
  • 1tbs vanilla flavor or essence terpulang pada citarasa masing-masing

Cara-caranya adalah :

  1. Masukkan semua bahan A dalam blender (pastikan blender anda tidak pedas)

Bahan B (Resepi Coklat)

  • 200gm milk chocolate coin beryls
  • 150 gm cadbury milk bar saiz kecil

Cara-caranya adalah:

  1. Guna kaedah double boil untuk cairkan coklat

Apabila selesai kedua-dua bahan A dan B, bolehlah kita masukkan coklat dan susu kedalam plastik aiskrim.

Anda boleh lihat video dibawah untuk langkah-langkah memasukkan coklat dan susu ke dalam plastik aiskrim.

Langkah-langkah memasukkan coklat dan susu kedalam plastik aiskrim adalah:

  1. Masukkan coklat atau bahan B yang telah dicairkan tadi kedalam plastik menggunakan piping plastik.
  2. Ratakan coklat yang dimasukkan tadi, boleh ratakan menggunakan kad atau mengikut cara anda sendiri.
  3. Pastikan coklat tidak terlalu nipis atau tebal.
  4. Jika terlalu nipis coklat akan pecah dan jika terlalu tebal coklat akan keras.
  5. Apabila coklat telah rata, masukkan bahan A perlahan-lahan.
  6. Anda tidak perlu risau kerana coklat tadi tidak akan bercampur dengan susu.
  7. Ikatkan aiskrim tadi dan sejukkan didalam peti ais.
  8. Anda boleh rujuk video untuk lebih jelas.

Selamat mencuba!