[VIDEO] “Ramai yang cuba hamil, tapi..” Mesej Positif Buat Bakal Ibu, Zahirah Macwilson Kongsi Reaksi Aiman Hakim

Pasangan selebriti kegemaran ramai, Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson mengumumkan bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.

Pelakon cantik tinggi lampai itu telah memaklumkan yang beliau kini sedang hamil enam bulan.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Zahirah telah memuat naik satu video menunjukkan momen sepanjang kehamilannya.

Aiman turut menangis sambil memeluk erat isterinya

Apa yang menyentuh hati apabila diberitahu hamil, Aiman dilihat menangis sambil memeluk erat isterinya.

 

View this post on Instagram

 

Life is full of suprises & this was the best 🖤 @aimanhakimridza Alot of people have been sending me wishes & doa’s and I am ever so grateful for all the love and support. You guys remind me of why I love sharing things with all of you. Some however, have also been sending me heartfelt stories of how they have been trying to conceive but haven’t been lucky or have.. but suffered a loss along the way. For these messages, I take a moment to appreciate what Allah SWT has blessed me with and for these messages too, I pray for all the women who long for the opportunity to bring a precious little life into this world. My heart goes out to you strong women. Being a mother has always been my dream and I truly pray that each one of you will become mothers some day. Trust his timing, stay positive and never give up on those doa’s. InsyaAllah, your hands will hold those tiny toes one day 🖤 Private Pages Episode 2 is now on youtube. Link in bio. I heard this beautiful song earlier today and fell in-love with the melody & lyrics. @shahilaamzah thank you for creating this magic, hope you don’t mind me stealing it for a minute or three 🥰😇 Music: “Penyejuk Hati” @shahilaamzah

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson) on

Tidak putus terima ucapan tahniah dan doa dari peminat

Jelas Zahirah, beliau berasa sangat bersyukur kerana sehingga ke hari ini dia tidak putus menerima ucapan tahniah dan doa daripada para peminat.

Malah, beliau juga ada menerima mesej berkenaan dugaan yang dihadapi wanita yang berusaha untuk hamil namun belum dikurniakan rezeki.

Semoga wanita kuat ini diberikan rezeki anak suatu hari nanti

Menurut pelakon itu, beliau turut berdoa semoga wanita-wanita kuat ini diberikan rezeki anak suatu hari nanti.

 

View this post on Instagram

 

You, me & baby 🖤 . 📸 @binbinx4

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson) on

Selain itu, sebagai seorang wanita dia mengakui menjadi seorang ibu adalah impian semua orang.

Sentiasa berfikiran positif

Beliau berharap mereka yang masih menunggu rezeki dikurniakan cahaya mata diluar sana tidak putus asa dan sentiasa berfikiran positif.

Semoga Zahirah dan kandungan dalam keadaan sihat. Rata-rata netizen turut menitipkan doa dan ucapan buat pasangan ini.