[VIDEO] Pelajar 16 Tahun OTW Hantar Makanan, Maut Dirempuh Ketika Berhenti Di Lampu Isyarat

Sekitar petang semalam, kita dikhabarkan dengan satu insiden melibatkan sebuah bas, kereta dan penunggang motosikal.

Kejadian berlaku di persimpangan Jalan Dato Ismail Hasyim di Bayan Lepas. Kejadian itu telah mengorbankan seorang penghantar makanan yang juga pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ara .

Penunggang motosikal maut dirempuh bas

Dalam kejadian itu, mangsa yang telah terkorban adalah Muhammad Saifullah Muhammad Hafeiz, 16.

Mangsa telah terkorban apabila bas yang dipandu laju dari Persiaran Kelicap ke Bayan Lepas telah merempuh motosikal yang ditunggang dan sebuah lagi kereta.

Pelajar SMK Sungai Ara itu dikatakan bekerja separuh masa di sebuah restoran makanan segera.

Mangsa yang dikenali Muhammad Saifullah Muhammad Hafeiz, 16, dikatakan bekerja sebagai penghantar makanan restoran makanan segera berkenaan.

Dirempuh bas ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat

Difahamkan, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan menghantar pesanan pizza pelanggannya dan berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Ketika berhenti, bas dipandu oleh seorang lelaki berusia 49 tahun yang kemudian telah merempuh dan menggilisnya.

Kejadian itu telah berlaku pada 6.30 petang itu turut membabitkan sebuah lagi motosikal dan dua buah kereta.

Keterangan dari Ketua Polis Daerah Barat Daya

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan A A Anbalagan berkata, seorang pemandu kereta dan dua anaknya yang menaiki kereta Suzuki Swift turut cedera dalam kejadian itu.

“Mereka diberi bantuan sejurus kejadian oleh pihak berkuasa dan wanita serta dua anaknya dibawa ke hospital,” katanya kepada Harian Metro

Menurut Anbalagan, berdasarkan maklumat awal didapati bas berkenaan yang datang dari arah Persiaran Kelicap ke Bayan Lepas pada mulanya bergesel dengan sebuah kereta yang parkir di tepi jalan sebelum melanggar Suzuki Swift terbabit yang sedang membelok ke kanan.

“Selepas itu, bas yang dipercayai gagal dikawal melanggar sebuah lagi motosikal parkir di bahu jalan sebelum ke lampu isyarat Jalan Dato Ismail Hasyim”.

“Sebaik sampai di persimpangan itu, bas terbabit melanggar motosikal mangsa yang sedang berhenti di lampu isyarat sebelum merempuh tembok batu pagar perumahan berdekatan,” katanya.


Hasil siasatan awal polis dipercayai bas berkenaan hilang kawalan disebabkan masalah brek dan pemandunya kini ditahan dan akan menjalani ujian saringan awal air kencing.

Video bas hilang kawalan langgar motosikal di Bayan Lepas

https://www.facebook.com/fakitmedianetwork/videos/560937984736361/

Anak sulung 7 adik-beradik jadi runner tolong family

Rata-rata netizen meluahkan ucapa takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan semoga arwah berada dikalangan orang beriman.

Ada juga netizen yang memberitahu bahawa mangsa merupakan anak sulung dari 7 adik beradik dalam keluarganya.

Lebih menyentuh hati adalah, arwah bekerja secara sambilan bagi membantu kedua ibu bapanya.

Semoga keluarga mangsa tabah dalam menghadapi kehilangan seorang anak yang baik ini.