Pelawak tersohor Shuk Sahar atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar semakin hari semakin menjadi tumpuan ramai oleh kerana terpalit dengan kontroversi yang bagai tiada penghujung.

Selepas isu berkenaan rumah tangganya dan disusuli isu mengaibkan Raja Farah, kini Shuk Sahar didakwa telah membuat lawak double meaning dengan seorang wanita yang menjadi tetamu jemputan ketika hadir ke konti radio pada tahun 2020.

Menerusi perkongsian di laman Twitter, seorang wanita dikenali sebagai Ayu Aziz mendakwa Shuk beberapa kali cuba double meaning dengannya.

“Waktu i datang radio station last year, one of the team ada Syuk. Dia memang obviously lahir gatal. Sepanjang on air, i senyum je. Dalam hati memang sumpah seranah.”

“Berapa banyak kali dia try double meaning dengan i, tapi i tukar topik. I tukar dia punya otak nak bercakap. Sebab i taknak pendengar dengar macam i ni tak dihormati. I straight up my face & smile tolak all the double meaning. I bukan bendul, tapi haritu saja buat buat bendul”

 

Ekoran hal ini tular, Shuk Sahar tampil berkomunikasi dengan wanita terbabit yang dikenali dengan nama Ayu Aziz.

Shuk Sahar menghantar kiriman mesej (DM) meminta penjelasan daripada wanita itu berkenaan dakwaan yang dilemparkan sekaligus menafikan bahawaa dia mengenali dan pernah menemu bual wanita tersebut seperti yang didakwa.

“Salam. Maaf ya ada terbaca Twitter awak kata saya pernah flirt double meaning dengan awak. Bila tu ya sebab setahu saya sepanjang saya di radio saya tak pernah interview awak.”

“Sebab memang saya langsung tak kenal awak. Saya berborak dengan awak pun tak. Kalau betul, apa double meaning yang saya cakap pada awak. Saya bukan la sebarang orang nak bergurau macam tu. Isu Jamil twitter? Saya tak ingat pun saya bergurau dengan awak.”

“Kalau awak nak judge saya berdasarkan isu rumah 107, saya rasa awak tak tau apa pun yang jadi sebenarnya.”

Video tular di laman Twitter

Mengulas lanjut, Shuk yang juga pengacara ‘I Can See Your Voice’ itu juga turut memaklumkan dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan tersebut.

“Takpe la awak. Dalam keadaan sekarang, memang yang akan nampak teruk saya. Macam ini la kalau saya benda ini fitnah atas saya, saya akan guna cara legal. Awak tunggu ja la surat saman dari saya.”

“Saya tak tahu apa niat awak. Allah saja yang tahu kan.”