[VIDEO] “Pecah perut gelak” Zulin Aziz Buat Hal Lagi, Video Kali Ini Lagi Kelakar

Zulin Aziz atau nama sebenar beliau Farah Azleenda binti Abdul Aziz Zulin Aziz merupakan seorang pelakon, pelawak dan juga pengacara.

Kebelakangan ini, banyak video yang dikongsikan oleh Zulin Aziz menerusi laman Instagram miliknya sering mendapat perhatian ramai.

Zulin Aziz kreatif hasilkan video

Beberapa video telah tular apabila pengacara ini dikatakan seorang yang kreatif dalam menghasilkan video yang mampu menggeletak hati peminat.

 

View this post on Instagram

 

Ada ni haaa… tengah kira berapa kali kipas ni pusing

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz) on

Pelbagai video alih suara dan juga video suntingan lakonan bersama pelakon Bollywood, telah tular dan membuatkan membuatkan ramai terhibur.

Video beliau turut mendapat perhatian Arjun Rampal

Beliau juga kini kian dikenali ramai gara-gara salah satu video lakonannya turut mendapat perhatian pelakon Bollywood iaitu Arjun Rampal.

Video alih suara pun viral

Menerusi posting di Instagram, Zulin Aziz turut memuat naik video alih suara yang membuatkan ramai terhibur selepas menontonnya.

“Dulu masa sekolah aku tak kawan dengan pengawas,bahahah. 2 orang perempuan baju merah tu pengawas, dia yang report” tulis beliau.

Ramai yang memuji beliau kreatif apabila kali ini membuat kelainan dengan video alih suara dan tetap nampak macam dari video sebenar.

Video alih suara dapat lebih 150 ribu tontonan

Video tersebut turut mendapat tontonan lebih dari 150 ribu tontonan dan berjaya membuat orang ramai terhibur.

 

View this post on Instagram

 

Nak ajak awak dating ni.. free tak japlagi?

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz) on

Menurut rekod, beliau turut mempunyai pengikut seramai 1.8 juta di laman sosial Instagram.

Rata-rata netizen turut menggalakkan lebih banyak video yang dikongsikan di Instagram oleh beliau untuk orang ramai.