[VIDEO] Padah Berlumba di Lebuhraya, Anak 3 Tahun Meninggal & Isteri Koma

Seorang lelaki yang dikenali dengan nama Israr Mohammed telah dijatuhi hukuman penjara selama 4 tahun setengah selepas didapati bersalah memandu dengan berbahaya sehingga menyebabkan anak lelakinya meninggal dunia.

Menerusi laporan Daily Mail, insiden tersebut berlaku pada 1 Julai 2018 yang lalu di East Yorkshire, England tetapi hukuman penjara baru sahaja dilaksanakan ke atas kedua-dua pesalah.

Israr yang juga seorang bapa  telah memandu kereta jenis Honda Civic dengan kelajuan melebihi 160km/j sehingga menyebabkan kenderaannya itu hilang kawalan ketika sedang berlumba dengan pemandu lain, Adam Molloy.

Isteri dan anak-anak ada di dalam kereta

Di dalam video dashcam yang dirakam, kedua-dua kereta tersebut dipandu laju dengan jarak lebih kurang 10 meter sahaja.

Namun tanpa disangka-sangka, Israr tanpa rasa bimbang telah memandu dengan berbahaya walaupun pada ketika itu isteri dan anak-anak turut berada di dalam kereta terbabit.

Berpusing berkali-kali

Media tempatan melaporkan kenderaan milik Adam Molloy telah mengekori kenderaan Israr di lorong M62 berhampiran Goole, East Yorkshire sehingga menyebabkan kereta Israr berpusing berkali-kali sebelum melanggar sebatang pokok.

Lebih mengejutkan apabila Adam yang terselamat dari kemalangan ngeri itu telah memandu laju untuk melarikan diri.

Walau bagaimanapun, pihak polis akhirnya berjaya menjejaki Adam hasil daripada rakaman dashcam yang diperolehi.

Anak bongsu maut

Kesan daripada insiden itu, anak bongsu Israr iaitu Say Han berusia tiga tahun yang berada di kerusi kanak-kanak di tempat duduk belakang mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Malah, anak perempuannya yang berusia 11 tahun mengalami kecederaan di muka manakala anak lelakinya berusia lapan tahun tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Video dashcam rakam perlumbaan

Isteri alami kecederaan otak

Lebih menyedihkan, isterinya Safeena yang berada di tempat duduk hadapan mengalami kecederaan otak dan terlantar koma di hospital selama beberapa bulan.

Sehingga kini, Safeena masih belum pulih sepenuhnya dan kini berada dalam keadaan kemurungan.

Kedua-dua mereka didapati bersalah kerana memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian.

Hakim David Tremberg telah menjatuhkan hukuman penjara selama empat tahun setengah ke atas Israr Mohammed dan Adam Molly dan lese memandu mereka digantung selama enam tahun tiga bulan.