[VIDEO] “Orang cakap aku yang tak pandai jaga anak” Sebak Luahan Hati Bonda Rozita

Usahawan Rozita Ibrahim memuat naik satu video meluahkan rasa geram dan kesal dengan sikap anaknya yang juga seorang usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri.

Menerusi video berkenaan, Rozita yang lebih mesra dipanggil Bonda dikatakan turut terkena tempias ekoran pelancaran single terbaru Datuk Seri Aliff Syukri.

Bonda rozita turut menerima tempiasnya

Sementara itu Bonda Rozita berkata, beliau turut mendapat cacian dari netizen apabila tindakan anaknya itu didakwa cuba meraih perhatian ramai

Hal ini menyebabkan Bonda Rozita terpanggil untuk bersuara secara terbuka seterusnya memuat naik video nasihat buat anaknya itu.

Walaupun mengukir senyuman ketika merakam video, namun menurut Bonda Rozita beliau sedih kerana anaknya itu tidak habis-habis mendatangkan masalah

Orang cakap mak yang tak pandai jaga anak Kri

Ujar beliau lagi, Bonda Rozita sudah menegur dengan cara yang baik namun tidak diendahkan.

“Mak dah puas Whatsapp, yang ini tak betul, itu tak betul, tapi kau masih buat juga.

“Seburuk mana kelakuan anak, orang tak cakap kau buruk, orang cakap aku yang tak pandai jaga anak,” kata Rozita.

Selain itu, Bonda Rozita pada masa yang sama turut mengakui suara anaknya itu tidak sesuai mengalunkan lagu.

Cukuplah Syukri pun dah ada segala-galanya

Dengan nada yang sedih, Bonda Rozita turut kecewa kerana beliau turut terpalit sama dengan masalah itu.

“Kalau betul mak tak berjaya didik kau, kenapa tak semua adik-beradik ikut macam itu?

“Mak dah cakap dah, sekarang kau buat lagi lakonan air mata darah tu. Apa yang derita sangat”.

“Tak payahlah berlagu-lagu Syukri, semua orang tahu suara kau tak sedap dan memang tak sedap pun”.

“Jangan suka dengan hinaan orang hanya untuk nak dapatkan publisiti. Cukuplah Syukri pun dah ada segala-galanya”.

Niat mak bukan nak jatuhkan kau

Walaubagaimanapun, Bonda Rozita turut menjelaskan beliau bukan berniat mahu menjatuhkan anaknya itu.

 

View this post on Instagram

 

Rezeki raudah kecik2 dah umrah , meraikan tetamu2 Allah semoga mendapat umrah yg mabrur Ida, cucu, mak sy dn besan suami isteri

A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on

 “Niat mak bukan nak jatuhkan kau, sebab mak sayangkan kau. mak pun dah tak tahu nak komen macam mana lagi”.

Tolong kasihankan maruah kami

“Tolong kasihan maruah kami (mak,ayah, adik beradik, anak-anak) bukan diri sendiri,” akhirinya”.

Sementara itu, menerusi video yang dimuat naik, Bonda Rozita turut menulis kapsyen meluahkan isi hati beliau.

 

View this post on Instagram

 

Letih sesak dada Mak dah , xpayah tunggu Covid 19 pun boleh mati kalau x tahan sgt..sudahhh lah kri tak sanggup nak tengok org kutuk kri..!! . “..tetiba naik lagu pulak @aliffsyukriterlajaklaris Sedap sgt ke ..?? Mak rela masuk utan dr tengok IG atau lagu ko kri ..Tak terhibur pun rela Mak panggil Jamal Abdillah atau hattan dr dengar suara ko . Yg menangis2 air mata darah..!! Apa hal pulak ..ni sehabis sopan Mak marah sampai Mak up dekat media sosial ..Maaf ya kri..tak sesudah perangai ko kan,, mak dah penat tengok komen org ‘tak reti ajak anak” . Kalau kecik2 boleh aku piat, aku kurung ko syukri,, kalau dah besar panjang mcm ni ko yg kurung aku balik..!! Sbb ko kuat . Bukan mak x sayang dan bukan mak tak nasihat , berbuih mulut dah , sampai keluar air mata nanah pun Mak kri buat gak..Netizen tak kenal pun keluarga kita mcm mana..!! Sedap mereka cakap pasal kri , sbb kri yg mengundang..!! tolong lah jaga maruah keluarga,, jangan lah buat perangai yg bukan2.. satu2 ..seronok ko je kan..!! Mcm2 kri buat bukan alasan Dileksia ke Akasia ke ” Mak dn kami kena bahananya ” Selama ni mak nasihatkan dekat mak panggil ko cakap bersemuka elok2 ” kri jawab baik sgt , cakap sayang Mak dn ikut cakp Mak” lepas tu buat lagi “ . KRI sgt baik dgn Mak suka gurau , jaga Mak korban apa saja, tp jgn buat macam ni kat orang awam , umur dh 30an drpd kecik susah dgr cakap Mak , Dah tua makin menjadi2 ko kan..!! Tak pernah aku teringin pun nak up bebel ni nasihat ko secara terbuka.. kali ni mmg mak sgt2 marah sbb mak tak sanggup nk dgar lagi org komen negatif ttg kamu syukri..!!

A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on

“Letih sesak dada Mak dah , xpayah tunggu Covid 19 pun boleh mati kalau x tahan sangat. Sudahhh lah kri tak sanggup nak tengok orang kutuk kri”.

“Tetiba naik lagu pulak @aliffsyukriterlajaklaris Sedap sangat ke, Mak rela masuk utan dari tengok IG atau lagu ko kri”.

Mak dah penat tengok komen orang ‘tak reti ajar anak’

“Tak terhibur pun rela Mak panggil Jamal Abdillah atau hattan dari dengar suara ko. Yang menangis air mata darah. Apa hal pulak”.

“Ini sehabis sopan Mak marah sampai Mak up dekat media sosial. Maaf ya kri, tak sesudah perangai ko kan. Mak dah penat tengok komen orang ‘tak reti ajak anak”.

“Kalau kecik boleh aku piat, aku kurung ko syukri. Kalau dah besar panjang macam ni ko yang kurung aku balik. Sebab ko kuat”.

Bukan mak tak sayang dan bukan tak nasihat

“Bukan mak x sayang dan bukan mak tak nasihat , berbuih mulut dah. Sampai keluar air mata nanah pun Mak kri buat gak”.

“Netizen tak kenal pun keluarga kita mcm mana. Sedap mereka cakap pasal kri, sebab kri yang mengundang. Tolong lah jaga maruah keluarga”.

“Jangan lah buat perangai yang bukan-bukan, satu-satu. Seronok ko je kan, macam-macam kri buat bukan alasan Dileksia ke Akasia ke mak dan kami kena bahananya”.

Syukri sangat baik dengan mak

“Selama ni mak nasihatkan dekat mak panggil ko cakap bersemuka elok-elok. Kri jawab baik sangat, cakap sayang Mak dan ikut cakap Mak. Lepas tu buat lagi”.

“KRI sangat baik dengan Mak suka gurau, jaga Mak korban apa saja. Tapi jangan buat macam ni kat orang awam. Umur dah 30an daripada kecik susah dengar cakap Mak”.

“Dah tua makin menjadi-jadi ko kan. Tak pernah aku teringin pun nak up bebel ni nasihat ko secara terbuka”.

Mak tak sanggup nak dengar orang komen tentang kamu Syukri

“Kali ni memang mak sangat marah sebab mak tak sanggup nak dengar lagi orang komen negatif tentang kamu syukri”. 

Terdahulu, Datuk Seri Aliff Syukri dikatakan memuat naik video di Instagramnya dalam keadaan sebak dengan air mata darah mulai keluar lalu membasahi baju putih yang dipakai.

Difahamkan single baru beliau berjudul Ingin Bahagia itu dijadual akan dilancarkan secara rasmi pada Jumaat atau Isnin depan.