[VIDEO] Niat Nak Tunjuk Situasi di Palestin, Lakonan Aliff Syukri & Isteri Dikecam Netizen

Baru-baru ini usahawan terkenal Dato’ Sri Aliff Syukri apabila sekali lagi sengaja menimbulkan kontroversi dengan memuat naik video yang membuatkan ramai warganet kurang selesa.

Terbaru satu video yang tular di media sosial, pengguna Twitter @pedoqpop telah memuat naik kembali rakaman video Aliff Syukri di aplikasi TikTok.

Aliff Syukri berlakon seolah-olah pejuang selamatkan 

Menerusi video tersebut, Aliff Syukri kelihatan beraksi seolah-olah seperti pejuang di Palestin yang kononnya menyelamatkan seorang wanita cedera dilakonkan oleh isterinya sendiri.

Inilah keadaan di Palestine

Aliff Syukri turut menggambarkan keadaan di Palestin dan telah tampil memakai helmet serta membawa penyapu seolah-olah berperan sebagai pejuang.

“inilah keadaan di Palestine” katanya menerusi kapsyen di dalam video tersebut.

Netizen kecam seolah tidak menjaga sensitiviti

Video tersebut rata-rata mendapat kecaman daripada warga netizen oleh kerana sikap usahawan tersebut yang seolah-olah tidak menjaga sensitiviti.

Kecaman yang diperolehi bukan hanya di platform Twitter tetapi di TikTok milik usahawan itu juga yang menggunakan nama @datoterlajaklaris.

Video tersebut ditonton hampir 160, 000

Semasa artikel ini ditulis, video berdurasi 27 saat itu mendapat 156.4k tontonan, 1750 komen di akaun TikTok @datoterlajaklaris.

Dalam masa yang sama, video tersebut juga meraih 2.8k retweet di applikasi Twiter dengan rata-rata netizen yang masih bingung dengan motif video tersebut.

Menjengah diruangan komen, ini antara kecaman dan juga pendapat daripada warga netizen:

“macam memainkan negara saudara kita”

“anak syurga, istimewa sejak dari lahir”


“niat tidak menghalalkan cara”

“apa motif buat content macam ni? dengan aurat lelaki tak tertutup dengan betul”

“tak lawak ye guna situation di Palestine untuk buat video macam ni”

“makan cukup tidur lena tak ada gangguan mestilah tak rasa keadaan di Palestine”

Tiada siapa tahu motif sebenar usahawan kosmetik itu

Setakat ini tiada sorang pun tahu apa motif sebenar Aliff Syukri membuat content seperti ini.

Namun pun begitu, tindakan Aliff Syukri yang tidak menjaga sensitiviti ini sudah terang lagi bersuluh mempersendakan situasi yang berlaku di sana.