[VIDEO] “Nanti awak umrah sorang2” Suami Pengasas Dnars Ceritakan Apa Sebenarnya Berlaku

Dua hari lepas kita dikejutkan dengan pemergian usahawan terkenal Dnars Skincare, Faziani Rohban di Pattani, Thailand.

Di sebalik kejadian tersebut, ternyata tuhan tunjukkan kebaikan yang selama ini disembunyikan beliau.

Melalui perkongsian di Instagram anaknya, Allahyarhamah dalam perjalanan menuju ke satu pondok di Patani untuk menunaikan kewajipan zakat.

“Arwah acciddent di Pattani, dalam menuju ke satu Pondok untuk selesaikan kewajipan zakat.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIGHRETURN MARKETER (@iqbar_hakim) on

Malah, rakan-rakan terdekat juga memberitahu, Allahyarhamah baru saja pulang dari menunaikan umrah di kota Makkah.

Selesai bacaan talkin , suaminya telah memberikan penjelasan tentang apa yang berlaku kepada wartawan.

Sila skip ke minit 59 untuk temubual bersama suami Allahyarhamah.

Terlelap sesaat dua

Menurut suami kepada allahyarhamah, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, beliau memaklumkan berasa mengantuk semasa memandu dan sempat terlelap di lampu isyarat.

Rasa mengantuk yang tidak dapat ditahan itu menyebabkan beliau bercadang untuk singgah ke RnR sebentar.

Walaubagaimanapun, semasa dalam perjalanan ke RnR, Ahmad Shah seakan terlelap dalam sesaat dua dan dikejutkan oleh arwah.

Tetapi tidak sempat berbuat apa-apa, dalam sekelip mata mereka sudah berada di belakang sebuah lori yang parking di bahu jalan.

“Bayangkan kalau u umrah seorang diri nanti.”

Menurut Ahmad Shah, semasa membuat umrah di Makkah, Allahyarhamah ada memberitahunya bayangkan jika suaminya pergi umrah seorang diri nanti.

Semoga segala amalan Allahyarhamah diterima Tuhan dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.