[VIDEO] “Mula kerja lorong dari umur 11 sebab..” Ebit Lew Sebak Dengar Kisah Maknyahh

Beberapa bulan lepas, dalam kesibukan warga kota dengan persiapan hari raya, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew turun berdakwah golongan pekerja lorong di Kuala Lumpur.

Menerusi muatnaik di laman Instagram, Ebit berkongsi video bagaimana beliau menasihati dan mendengar kisah golongan-golongan ini.

Berikut adalah perkongsian beliau.

__________

12 malam tadi terus pergi ke lorong-lorong jumpa trnsgender/maknyah dan wanita-wanita kerja lorong. Menangis selepas jumpa mereka.

Tak berhenti mereka cakap terima kaseh datang. Tak pernah lagi sesiapa datang di lorong ini beri nasihat. Itu paling buat saya sebak dihati.

Sebak menangis bila dapat jumpa saudara yang baik yang diuji dalam kehidupan. Ada seorang ni mula kerja lorong dari umur 11 tahun lagi.

Untuk sara dan bantu keluarga adik beradik. Sehinggalah hari ini. Menangis saya dengar. Ada dari 14tahun dan 15 tahun. Saya peluk trnsgender maknyah mereka terharu sebak.

Tak peluk wanita

Mereka bawa saya ziarah semua wanita dan trfdnsgender yang kerja lorong. Banyak soalan mereka. Saya sedih tengok tempat kerja mereka.

Bilik panas dan sempit. Ada yang yang tadi belajar solat dan lain-lain. Bila mereka tekun dengar nasihat. Ramai tinggal tempat kerja mereka sedangkan malam ini malam minggu ramai orang.

Mereka terus ikut dan banyak dapat berbual dengan mereka. Mereka sedar jelas halal dan haram.

Ada seorang kakak ni dah lama kerja ini. Suami dah takde. Dari 13 tahun. Sampai sekarang kerja lorong.

Anak 3 orang belajar Mesir. Bila anak minta duit dia bagi dan anaknya tak tahu kerja maknya.

Dia seorang diri besarkan anaknya. Saya doakannya dapat keluar dari kerja semua ini dan anaknya dapat bantu ibunya.

Sedih menangis kakak tu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Mereka kadang menangis seorang diri kuat berdoa minta Allah beri kekuatan dalam perjalanan menjadi hamba Allah dan rindukan keluarga

Pohon doa nak teruskan program 3hari Motivasi untuk mereka semua. Hari tu ramai dari seluruh Malaysia datang sukarela nak belajar solat dan semuanya selama 3hari 2malam saya buat di Port Dickson.

Mereka azam nak ikut bersama. Pohon doa semua yer buat saya dan mereka semua dan semua manusia didunia ini. Supaya kita semua sama-sama disayangi Allah dan diampuninya.

Ya Allah diriku mengadu betapa lemahnya dan kekurangan dalam dakwahku. Maafkanlah diriku. Mereka semua baik-baik -ebitlew

___________

Rata-rata netizen terharu dengan apa yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew.

Semoga kita dapat mengambil pengajaran daripada perkongsian beliau dan tidak terus menuding jari tanpa membantu golongan-golongan seperti ini.