Haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing sememangnya terkenal dengan kemanjaan dan kecomelan mereka.

Namun tahap kepintaran haiwan ini juga jangan dipandang rendah. Jika dilatih dengan baik, pasti mereka faham dan dapat mengikut arahan manusia.

Seperti satu video yang tular di laman Facebook Animal Valley yang menunjukkan seekor kucing di atas meja bersama tuannya.

Lelaki yang sedang makan di meja itu dikatakan seorang OKU hilang pendengaran.

Oleh sebab lelaki itu tidak boleh mendengar, kucing tersebut seolah-olah faham dan menunjukkan bahasa isyarat untuk meminta makanan.

Si comel itu nampaknya mahu juga makan apa yang dimakan oleh tuannya.

Aksi kucing itu sangat mengejutkan kerana gaya bahasa isyarat yang dilakukan oleh kucing pintar itu seolah-olah sama dengan manusia.

Malah, apabila habis sahaja makanan yang disuap, kucing itu sekali lagi membuat isyarat tangan yang sama untuk meminta makanan itu lagi.

Sangat bijak! Video tersebut sehingga kini menerima lebih 25,000 reaksi daripada pengguna Facebook.

“Lelaki ini pekak. Kucingnya sedar bahawa meow tidak berguna. Jadi dia belajar untuk berkomunikasi dengannya dengan bahasa isyarat!”

Cet homme est sourd. Son chat a compris que miauler ne servait à rien. Il a donc appris à communiquer avec lui par signes !

Cet homme est sourd. Son chat a compris que miauler ne servait à rien. Il a donc appris à communiquer avec lui par signes !

Posted by Animal Valley on Isnin, 12 Ogos 2019

Kalau anda tercari-cari baka kucing apa yang mahu dipelihara, Ini adalah jenis-jenis kucing yang menjadi pilihan rakyat Malaysia.

1. KUCING KAMPUNG

Kucing ini adalah antara yang paling popular dan antara pilihan penggemar kucing kerana senang didapati dan paling mudah untuk dijaga.

Bersifat lasak, berdikari serta bijak, pengendalian kucing kampung dari segi penjagaan rawatan dan makanan amat murah kerana ia bersifat mempertahankan diri dan pandai berdikari.

2. BRITISH SHORTHAIR

Kucing ini berbadan sederhana dan berbulu pendek rapat seperti karpet. Asalnya kucing ini menjadi pilihan kerana sifat dan kepakaran ia berburu sangat hebat dan lebih dikenali sebagai kucing rumah untuk memburu tikus.

Meskipun sangat bijak dan tidak begitu manja, pembela kucing baka ini harus mengawal pemakanan kucing ini kerana kebarangkalian ianya untuk obes sangat tinggi.

3. MAINE COON

Kucing Maine Coon adalah kucing paling popular di dunia mungkin kerana saiznya yang boleh menjadi sangat besar dan berat boleh mencecah 7 kg ke 12 kg.


Malah, ekor kucing ini juga panjang dan bulunya tebal, tekstur bulu dan bulu di sekitar leher menyerupai singa.

Meskipun rupa kucing ini agak garang tapi anda perlu tahu kucing ini sangat manja dan senang untuk didekati.

"If you cannot do great things, do small things in a great way." Napoleon Hill.