[VIDEO] Minta Izin Anak Sebelum Melamar, Eizlan Yusof Bakal Kahwini Gadis 29 Tahun

Hari ini, satu pengumuman gembira yang dibuat oleh Pelakon dan ahli perniagaan yang tidak asing lagi dalam industri iaitu Datuk Seri Eizlan Yusof.

Beliau akhirnya membuat satu pengumuman yang bakal bernikah dengan wanita keturunan Serani dikenali sebagai Natasha Rosa Boudville pada 12 Disember ini.

Pelakon kesayangan ramai itu turut mendedahkan beliau bakal berkahwin dengan seorang wanita mualaf yang berusia 29 tahun.

Majlis berlangsung selama empat hari

Perkahwinan Datuk Seri Eizlan Yusof dan Natasha Rose Boudville akan berlangsung selama empat hari hasil bantuan dan tajaan rakan-rakan terdekat

Menerusi laman sosial Facebook Mstar sempat berkongsi video sidang akhbar yang dibuat oleh pelakon itu.

“Asalnya kami mahu buat majlis dalam kalangan keluarga dan rakan terdekat. Apabila jumpa beberapa kawan sebelum ini, mereka sendiri mahu masuk tajaan dan saya bersyukur ada rakan yang prihatin”, katanya.

“Saya cuma uruskan soal hantaran dan urusan yang wajib. Tapi merekalah berusaha menguruskan persiapan lain yang besar termasuklah keseluruhan perjalanan majlis,” ujarnya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Khabar angin mengatakan kos perkahwinan mencecah 2 juta

Sementara itu, Datuk Seri Eizlan juga turut mengakui jumlah sebenar kos perkahwinannya yang bakal berlangsung kelak masih tidak dapat diketahui.

“Mengenai kos saya sendiri tidak tahu disebabkan rakan rahsiakan daripada jumlah itu. Tidak pasti kalau cecah RM2 juta seperti khabar angin yang tersebar,” ujarnya.

Anak-anak turut merestui perkahwinan ini

Pelakon kegemaran ramai itu turut berkongsi telah mengenali Natasha selama empat tahun dan berasa gembira apabila anak-anak turut merestui keputusan mengahwini Natasha.

“Kehadirannya membuatkan hidup saya sangat gembira. Sifatnya yang prihatin dan rapat dengan anak menyebabkan saya memutuskan untuk mengahwininya,” katanya.

Sebelum ini, Datuk Seri Eizlan dikatakan telah berkahwin dengan Vie Shantie pada 2007 dan mereka telah berpisah pada Februari 2015.

Hasil dari perkahwinan pertamanya, pasangan ini telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zaara, 11, Zareef Yusof, 9, dan Vie Zaalia, 6.