[VIDEO] “Menyusahkan orang!!” Angkara Kereta Tukar Lorong, Rider Digilis Motosikal

Bak kata pepatah malang tidak berbau, itulah yang berlaku kepada seorang penunggang motosikal apabila tidak sempat mengelak dan melanggar sebuah kereta yang mahu menukar lorong.

Menerusi satu perkongsian oleh warga Facebook, satu rakaman yang memaparkan sebuah kemalangan dipercayai berlaku di susur keluar Subang Jaya arah utara telah menjadi tular di media sosial.

Kereta tukar lorong

Insiden tersebut telah melibatkan sebuah kereta Perodua Alza berwarna putih dan dua buah motosikal.

Dapat dilihat perkara tersebut terjadi selepas kereta Alza yang datang daripada lorong tengah jalan raya terbabit hendak menghala ke persimpangan susur keluar jalan raya berkenaan.

Semasa kereta Alza terbabit sedang cuba untuk bergerak masuk ke susur keluar tersebut, motosikal yang datang daripada bahagian kiri jalan raya itu tidak sempat untuk memberhentikan motosikalnya lalu telah merempuh bahagian sisi kereta terbabit dan terjatuh.

Digilis motosikal lain

Bagai jatuh ditimpa tangga, sebuah lagi motosikal yang berada di belakangnya juga turut terlibat dalam kemalangan tersebut selepas tidak sempat untuk menghentikan motosikalnya lalu telah terlanggar penunggang motosikal yang terjatuh itu.

Salah seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan itu dilihat dapat berdiri sejurus selepas itu manakala yang satu lagi dilihat hanya terbaring dipercayai mengerang kesakitan akibat daripada kemalangan tersebut.

Pengguna jalan raya lain yang berada di lokasi tersebut terus bergegas memberikan pertolongan kepada kedua-dua penunggang motorsikal itu.

Sehingga kini masih tidak dapat dipastikan kecederaan yang dialami oleh kedua-dua penunggang motorsikal terbabit.

Klip video yang berdurasi selama 49 saat itu telah menjadi tular di media sosial Facebook. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 10 ribu kali oleh netizen.

“Morning morning tag owner agak sape yang kenal.senang untuk melengkapkan siasatan. Abg nak pergi berjuang dulu.halaaa. kejadian di exit subang jaya arah utara 07:51

“Update 13:25 4.8.2020”