[VIDEO] Masih Melepak Di Luar, Lihat Bagaimana Lelaki Ini Dikejar Tentera & Akhirnya….

Hari ini merupakan hari ke sepuluh rakyat Malaysia menjalani Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan penularan wabak Covid-19 di negara kita.

Tempoh PKP ini turut dilanjutkan dari 14 hari ke 28 hari yang mana tempoh ini akan berakhir pada 14 April 2020.

Dalam tempoh ini juga kes wabak Covid-19 dikatakan terus meningkat dari hari ke hari dan sehingga hari ini jumlah kes adalah sebanyak 2161 kes yang telah dilaporkan.

Main kejar-kejar pulak dengan tentera

Pelbagai peraturan dikeluarkan untuk menjadi panduan orang ramai sepanjang tempoh PKP ini namun begituvmasih ramai yang berlegar di luar dan tidak duduk di rumah masing-masing.

Jika sebelum ini pelbagai video telah tular yang mana memaparkan masih ada lagi orang melepak, bermain bola, jogging dan keluar rumah tanpa mengikut peraturan PKP yang telah ditetapkan.

Sekitar sehari dua ini pula apabila Tentera telah berganding bahu bersama pihak berkuasa memantau dan meronda kawasan, banyak video dan gelagat orang ramai yang degil melanggar arahan telah viral.

Melepak lagi kat luar kan dah kena

Satu yang dikongsikan oleh Viral Media Johor memaparkan seorang anggota tentera sedang mengejar seorang lelaki yang didakwa telah melanggar perintah PKP.

Tentera itu lengkap dengan pakaian seragam termasuk but mengejar lelaki berkenaan sehingga berjaya menangkap lelaki tersebut.

Masih ramai yang diluar sana degil dan ingkar dengan peraturan PKP. Anda yang sambil lewa dan menganggap perkara ini remeh sehingga tidak menghiraukan keadaan yang berlaku.

Rata-rata netizen juga setuju dengan tindaka tersebut dan berharap orang ramai duduk di rumah dan mematuhi peraturan PKP yang telah ditetapkan.