[VIDEO] “Maafkan umi tak sedar kehadiran awak” Ardell Aryana Kongsi Usia Kandungan

Ardell Aryana yang baru melangsungkan perkahwinan baru-baru ini dengan pelakon Adhwa telah berkongsi berita gembira.

Ardell telah mendedahkan di mana usia kandungannya itu sebenarnya sudah mencecah empat bulan.

Pemilik nama sebenar Nurul Hidayah Mohd Amin ini berkongsi khabar gembira itu menerusi satu muat naik di laman Instagram miliknya.

“Alhamdulillah, rezeki tanpa saya sedar esok genap empat bulan usia ini dalam perut umi. Maafkan Umi tak sedar kehadiran awak.”

“Tiba-tiba awak dah boleh gerak tendang-tendang je. Masya-Allah,” .

Di dalam entri berkenaan, pelakon drama Tak Ada Cinta Sepertimu itu turut berkongsi rakaman video ujian imbasan ultra bunyi yang dilakukannya.

“Assalamualaikum semua #Alhamdulillah active sihat 1 hari lagi 4 bulan usia nya. Saya nak tanya awak ada pengalaman Alahan sewaktu hamil ? Apa jenis alahan awak sepanjang hamil yang awak rasa terseksa sikit ?. Alhamdulillah rezeki tanpa saya sedar esok genap 4 bulan usia ni dalam perut umi maaf kan umi tak sedar kehadiran awak , tiba-tiba awak da boleh gerak tendang2 je Masyaallah . Inshaallah,nak semoga kita sama2 kuat & sihat untuk sampi kan amanah semua penderma yang sangat pemurah untuk hulur bantuan kepada saudara syiria kita disana yang hebat dugaan dan ujian nya . Inshaallah bantuan awak semua sampai kepada mereka”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by نور الهداية (@ardellaryana) on

Rata-rata para peminat gembira dengan perkhabaran tersebut dan mendoakan kandungannya selamat hingga dilahirkan.

“Alhamdulillah. Semoga sihat kedua2nya”

“Alhamdulillah tahniah kak ardel”

“Alhamdulillah take care ardell.. Kirim salam adhwa”

Sebelum ini, Ardell secara rasminya memakai hijab sepenuhnya pada pertengahan tahun 2017.

Ardell sah menjadi isteri kepada pelakon Nadzmi Adhwa dan selamat diijab kabulkan di kediamannya di Seri Kembangan, Selangor pada 1 September 2019.

Mereka berdua dikatakan mulai rapat selepas bertemu dalam drama bersiri Namaku Bedah pada tahun 2015.