[VIDEO] “Luar banyak virus, papa buat playground dalam rumah” Almy Nadia Kongsi Cara Fizz Fairuz

Pelbagai kisah dan cerita yang dikongsikan oleh warganet ketika ini. Ketika ini rakyat Malaysia perlu duduk di rumah masing-masing atas arahan Perintah Kawalan Pergerakan.

Selain itu, pelbagai kisah suka duka dikongsikan oleh warganet ketika dalam masa Perintah ini.

Salah seorang yang berkongsi cerita adalah pelakon Datin Almy Nadia yang memuat naik video mengenai keluarganya.

Datuk Fizz Fairuz buat ‘playground’ di rumah

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat anak-anak pasangan pelakon tu sedang bermain di dalam rumah.

Menurut pelakon itu, suaminya Datuk Fizz Fairuz risau akan kesihatan anak-anaknya ketika ini dan membeli set gelongsor untuk diletakkan di rumah.

Risaukan virus, Fizz Fairuz beli set gelongsor untuk anak-anak

“Disebabkan luar banyak virus bahaya, jadi papa dia wujudkan taman permainan dalam rumah khas untuk anak-anak dia. Terima kasih papa,” tulisnya.

Sebagai ibu dan bapa pastinya mereka akan risau mengenai kesihatan anak-anak tambahan pula ketika wabak ini sedang melanda dunia.

Mengisi masa berkualiti bersama anak-anak

Idea kreatif pelakon itu turut mendapat perhatian ramai dan netizen memuji cara pasangan suami isteri itu mengisi masa berkualiti bersama anak-anak.

 

View this post on Instagram

 

Bila papa depa balik keja.. semua kerumun la.. habis tu mama dia tak ada tempat dah 😌😌😌 siankan.. @fizzfairuzofficial

A post shared by Almy Nadia (@almynadiaofficial) on

Buat ibu bapa di luar sana, tak susah pun nak habiskan masa bersama anak-anak ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini, contohi Almy Nadia dan Fizz Fairuz.

Semoga semua rakyat Malaysia sama-sama mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini dan negara kita kembali aman seperti sebelum ini.