[VIDEO] “Lempar duit atas lantai” Dulu ‘Naik Angin’ Di Kaunter, Lelaki Ini Buat Hal Dengan Rider Pula

Beberapa hari lepas, tular di media sosial mengenai satu video yang memperlihatkan seorang lelaki berang dan meninggikan suara gara-gara beratur terlalu lama di kaunter pembayaran di salah sebuah pusat membeli-belah.

Terbaru, individu yang sama dipercayai telah buat hal lagi dengan memberi layanan yang sangat teruk terhadap seorang rider Foodpanda.

Apa yang lebih mengejutkan apabila pelanggan terbabit tergamak menumbuk dan menyepaknya.

Menerusi satu perkongsian yang dimuatnaik oleh Pakteh E Akaun Baru, dia memaklumkan kejadian itu berlaku ketika rakannya, Zam membuat penghantaran makanan di sebuah homestay di Bukit Mertajam.

Pelanggan lempar duit atas lantai

Setibanya di hadapan rumah terbabit, pelanggan berkenaan dipercayai telah memaki hamun dan menyentuh sentimen perkauman.

Malah, rider tersebut turut dipukul serta melemparkan duit ke atas lantai dan mereka juga tidak tahu punca sebenar pelanggan berkenaan berkelakuan begitu.

Rakaman kamera litar tertutup sebagai bukti

Ekoran daripada itu, Zam yang ditemani rakannya itu telah pergi membuat laporan polis dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut diberikan sebagai bukti.

Pelanggan berang, maki hamun rider tanpa sebab

“Tadi aku menemani sahabat rider Saudara Muzammil Abdullah @ Zam (Foodpanda) membuat laporan polis setelah beliau dipukul dengan seorang pelanggan di sebuah homestay di Taman Seri Impian, Alma, Bukit Mertajam”.

“Tak tahu apa punca setelah sampai didepan rumah, si pelanggan tu terus keluar dari rumah (homestay) lalu maki hamun dengan perkataan kesat bermain sentimen perkauman terhadap Zam.

Buang barang-barang didalam motor rider 

“Ada insiden dimana pelanggan membuang duit dilantai. Kemudian terus memukul Zam dibahagian badan dan menuju pula ke muka”.

“Sahabat kami masih rasional tapi bila pelanggan meluru kearah motor dia dan ‘tauk’ barang2 didalam motor, Zam mula berang dan memberi tindakbalas sebab motorsikal itulah punca dia mencari rezeki untuk keluarga”.

Mohon jangan jadi isu perkauman

“Saudara Zam juga memohon supaya perkara ini tidak menjadi isu perkauman kerana bukti rakaman CCTV dibawah telah diberikan pemilik homestay yang juga berbangsa Cina.

“Pemilik homestay simpati dan menyuruh sahabat kami ini membuat laporan polis dan membawa rakaman video CCTV sebagai bukti”.

Laporan polis dibuat dengan kerjasama yang amat baik

“Alhamdulillah report polis dah dibuat dengan kerjasama yang amat baik. Rupanya kami juga dapat tahu pelanggan yang sama juga telah viral baru-baru ini di Tesco Alma”.

https://www.facebook.com/1422465924657555/posts/2795452784025522/

Semua kaum mahu hidup harmoni

“Harap pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya sebab dah DUA kes dia buat pasai. Tak kena orang naya balik”.

“Kami mohon semua rakyat Malaysia yang prihatin sama2 bangkit menolak perbuatan macam ni tak kira Melayu, Orang Asli, Cina, Iban, India Kadazan dll”.

“Semua orang nak hidup aman harmoni cuma ada segelintir yang gila yang perlu ditentang habis-habisan”.

Kami cuma nak cari makan dengan cara halal

“Apa-apapun kami minta janganlah layan rider macam ni. Banyak isu dah rider2 macam kami teraniaya”.

“Kami cuma nak cari makan dengan cara halal dan berkat. Kerja penghantar makanan nielah wasilah kami sara kehidupan, bantu famili dan lain2 lagi”.

Semoga kita semua saling hormat-menghormati dan bertolak-ansur antara satu sama lain serta hidup harmoni bersama.