[VIDEO] “Kesian tapi lawak” Detik-detik Lelaki Panjat Pagar Disalak Anjing

Seorang penghantar barang berdepan detik cemas apabila dia dikejar seekor anjing semasa berada di hadapan rumah pelanggan. Rakaman video yang di muat naik menerusi Twitter Tuudiaaa memaparkan kelincahan lelaki tersebut untuk menyelamatkan diri daripada digigit anjing. Lebih melucukan, si perakam video tersebut gelak besar selepas melihat telatah rakannya itu. Semasa lelaki berkenaan sedang menghantar barang [...]

Seorang pekerja penghantar barang mengalami detik cemas apabila disalak dua ekor anjing serentak – di dalam dan luar pagar rumah pelanggan semasa bekerja.

Menerusi video dikongsikan Iman Asha di Twitter, pemuda berseragam merah itu dilihat sedang berurusan dengan seorang wanita di sebuah rumah.

Pada awalnya, dia kelihatan tenang walaupun disalak anjing dari sebalik pagar, hinggalah ketika dia ingin kembali ke van.

Semasa lelaki berkenaan sedang menghantar barang kepada pelanggan, secara tiba-tiba datang seekor anjing yang mengejarnya dari luar rumah.

Lantas dengan itu dia bertindak memanjat pagar rumah pelanggannya bagi menyelamatkan diri.

Rakannya yang berada di dalam van hanya merakam kejadian itu sambil gelak besar.

Klip tersebut mengundang gelak tawa netizen yang terhibur dengan aksi si penghantar barang dan tak kurang juga yang terhibur mendengar rakannya ketawa terbahak-bahak.

Namun rata-rata merasa simpati dengan lelaki tersebut yang ternyata sangat terperanjat dengan kehadiran anjing tersebut.