[VIDEO] Kembali ‘Menggila’, Ayda Jebat Dan Nabil Mahir Menari TikTok Lagi

Ramai yang berpendapat jika berkahwin dengan pasangan yang sekepala lebih menggembirakan dan membahagiakan.

Seperti pelakon dan penyanyi Ayda Jebat yang telah selamat mendirikan rumahtangga dengan jejak pilihan hatinya Nabil Mahir yang dilihat serasi bersama.

Selamat dinikahkan pada 1 Januari 2021

Setelah lapan bulan mengikat tali pertunangan, pasangan telah selamat dinikahkan di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur pada 1 Januari 2021.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Nabil lamar Ayda pada malam sambutan hari jadi penyanyi itu

Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 29, menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan termasuk mas kahwin berupa seutas rantai berlian.

Difahamkan, Nabil sebelum ini melamar Ayda pada malam sambutan hari jadi penyanyi itu yang ke-28 pada 18 Mac lalu.

Pasangan ini kemudiannya mengadakan majlis pertunangan secara atas talian pada 28 April lalu berikutan terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ayda Jebat dan Nabil Mahir buat video masuk air bersama

Semenjak mendirikan rumah tangga, pelakon Ayda Jebat dan suaminya, Nabil Mahir sering muncul di media sosial membuat video bersama.

Menerusi video kali ini, Ayda dan Nabil kembali dengan video ‘masuk air’ mereka berdua yang mana sering membuatkan pengikut mereka terhibur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Nabil lebih pandai bergelek

Ayda dan Nabil kelihatan menari di aplikasi TikTok menggunakan lagu Ting Ting nyanyian asal Ayu Ting Ting dari Indonesia.

Apa yang melucukan apabila kini Ayda dilihat seperti sudah tewas kerana Nabil kelihatan lebih terserlah ketika bergelek.

Pasangan serasi bersama

Menjegah ke ruangan komen, rata-rata peminat mereka turut terhibur dengan aksi pasangan ini.

Malah pasangan ini dikatakan sering membuat pengikut mereka pecah perut ketawa menonton video mereka.

Berjaya raih 600,000 tontonan dalam 24 jam

Mereka juga turut mengatakan keserasian pasangan ini turut terserlah dan keduanya nampak selesa bersama.

Rakaman video itu juga turut dikongsi di laman Instagram ini telah berjaya mendapat lebih dari 600,000 tontonan dalam masa 24 jam setelah dimuat naik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)