[VIDEO] “Kehidupan ini tak semua orang punyai nasib yang sama..” Luahan Jep Sepahtu

Pelawak dan pengacara kegemaran ramai Jep Sepahtu, menempah nama selepas berganding bersama Shuib dan Mamat menerusi kumpulan Sepah.

Selepas berjaya dalam dunia lawak, Jep kemudian mengorak langkah menjadi pengacara Sinar FM setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Beliau dikenali sebagai seorang pelawak yang spontan dan bersahaja. Penampilannya di kaca televisyen sering kali mencuri hati penonton.

Seorang selebriti yang merendah diri

Mohd Nadzri bin Zainal Abidin atau lebih mesra disapa Jep Sepahtue dilihat seorang yang kelakar namun beliau juga seorang selebriti yang merendah diri dan disenangi ramai.

 

View this post on Instagram

 

Bentara guru jadi cameo haritu 😁❤️🤗 @sariyanti #sepahtureunionlive

A post shared by Jepsepahtu (@jepsepahtu) on

Selain itu, beliau dilihat semakin bahagia dengan isteri yang juga pelakon jelita terkenal iaitu Sari Yanti yang dikahwininya pada tahun 2017.

Menunggu kehadiran cahaya mata baru

Seperti yang diketahui umum, ketika ini juga beliau sekeluarga sedang menanti kehadiran cahaya mata keduanya lahir.

Terdahulu, Sari Yanti melahirkan anak sulung mereka pada 2018 yang diberi nama, Dariya Inara.

 

View this post on Instagram

 

Abah train Eya jalan ni 😘❤️ @dariyainaraofficial @sariyanti #anakabah

A post shared by Jepsepahtu (@jepsepahtu) on

Disamping itu, sejak akhir-akhir ini pelawak ‘favourite’ ramai ini sering berkongsi video di laman Instagram bersama pengikutnya.

Beliau turut berkongsi video aktiviti yang dilakukan bersama keluarga ketika PKP berlangsung.

Tidak semua orang mempunyai nasib yang sama-Jep

Sementara itu menerusi perkongsian di Instagram Sinar, kata-kata daripada pelawak ini tentang kehidupan mencuri tumpuan ramai.

“Kehidupan ini tak semua orang mempunyai nasib yang sama. Tetapi apa jua yang berlaku kita kena bersyukur” ujar beliau.

Rata-rata netizen turut menbanjiri ruangan komen dengan memuji pelawak ini dengan pendekatan yang digunakan untuk menyampaikan mesej kepada orang ramai.

Difahamkan, pelawak kegemaran ramai ini menyambut ulang tahun kelahiran  bersama isteri dan anak-anak beliau pada hari ini.

Chef-chef yang buat kek birthday saya 

 

View this post on Instagram

 

Chef-chef yang buat birthday kek saya semalam 😅🤗😘❤️ @sariyanti @dariyainaraofficial #barr #baasit #anakabah

A post shared by Jepsepahtu (@jepsepahtu) on

Disamping itu, beliau sering berkongsi video dan gambar beriadah bersama-sama anak-anaknya dirumah serta membantu isteri tercinta melakukan kerja-kerja rumah.

Semoga pelawak ini terus menyebarkan mesej-mesej yang bagus kepada orang ramai dengan cara beliau tersendiri.