[VIDEO] “Kasih seorang anak” Nadzmi Rakam Apa Yang Dilakukan Ardell Buat Ibunya

Boleh dikatakan semua peminat Ardell Aryana tahu tentang pnyakit yang dihidapinya kini.

Malah semua juga pasti maklum di mana Ardell juga rapat dengan teman baiknya Nadzmi Adhwa yang sering dilihat bersama.

Walaupun menafikan, ramai peminat yang mendakwa mereka kini sedang bercinta dan masih menyembunyikannya.

Terbaru, satu video Ardell menjadi tular apabila Nadzmi memuat naik video yang dirakam secara sembunyi ketika melawat ibu kepada Ardell Aryana di hospital.

 

“Kasih seorang anak  Sorry aku rakam senyap senyap. @ardellaryana Banyak aku belajar dari kau dalam diam. Family comes first no matter what. Syurga bawah tapak kaki Ibu  Semoga mama kau cepat sembuh ya ”

Posting di laman Instagram tersebut telah menerima pelbagai komen dan respon dari para peminat.

Sebelum ini, Ardell Aryana ada mengeluarkan kenyataan dimana dia berharap agar masyarakat dan netizen dapat melayannya seperti orang yang sihat.

Ardell mengharapkan dengan peluang itu dia dapat berjalan seperti biasa di khalayak umum dan membeli belah serta bekerja semula seperti sediakala.

“Saya memang berharap sangat orang semua tak layan saya sebagai seorang pesakit.

“Tolonglah jangan simpati sebab saya tak nak, tolong anggap saya ini seperti orang yang normal. Bukan pes*kit, sebab saya tak ingat dan saya nak sihat,” ujarnya sambil menangis.

Ardell sebelum ini dilaporkan menderita penyakit knser tahap tiga, namun baginya biarlah menjadi hal peribadinya.