[VIDEO] “Kalau perlu minta maaf orang Sarawak, saya akan ke sana,” Ryzal Mohon Maaf Depan Persatuan Anak Borneo

Beberapa hari lepas tular mengenai seorang personaliti media sosial yang didakwa mempersendakan pakaian tradisi kaum Iban, Sarawak iaitu Ryzal Ibrahim.

Beliau yang belum pun reda dengan isu parking di mahkamah sebelum ini, telah membuat ramai orang terguris dengan lawak yang tidak sensitif itu telah mengundang kecaman netizen.

Permohonan maaf terbuka kepada penduduk negeri Sarawak

Ryzal akur dengan permintaan NGO Pertubuhan Kaum Dayak menuntut permohonan maaf terbuka kepada penduduk negeri Sarawak.

Personaliti media sosial Ryzal Ibrahim dan Maryam Younarae tampil bersemuka bagi menyelesaikan konflik yang timbul.

Ketika rakaman Maryam akan pakai pakaian tradisional setiap kaum

Ryzal bersama Maryam bertemu dengan wakil daripada Persatuan Anak Borneo Semenanjung (PABS) untuk membuat permohonan maaf terbuka yang disiarkan secara langsung di Facebook persatuan tersebut.

“Pada hari itu kami ke stesen televisyen untuk sebuah rakaman program, Maryam akan pakai pakaian tradisional setiap kaum.”

Saya hanya bergurau dengan Maryam

“Pada waktu itu, sejujurnya saya nampak cantik cuma ketika merakamkan video terbabit saya melebihi had gurauan.”

“Saya hanya bergurau dengan Maryam, saya minta maaf lagi sekali. Andai mengguris hati atau menghina kaum Iban saya minta maaf.”

Ini kali pertama kesilapan saya buat gurauan sebegitu

“Kalau perlu minta maaf orang Sarawak, saya akan ke sana.”

“Saya hidup berbilang kaum, saya menghormati setiap budaya. Ini kali pertama kesilapan saya membuat gurauan begitu.”

Ini pengajaran untuk lebih berhati-hati dan tidak bergurau

“Memang patut saya dihukum orang ramai dan terima kecaman.”

“Ini memberi pengajaran dan akan lebih berhati-hati tidak bergurau tentang makanan, bahasa dan apa juga khazanah negara kita,” kata Ryzal.

Saya terima apa sahaja bentuk penyelesaian, saya sanggup

Selain permohonan maaf secara terbuka, Ryzal juga terbuka untuk berunding mengenai penyelesaian terbaik bagi meleraikan kemelut yang melanda termasuk permohonan maaf mengikut adat istiadat orang Iban.

“Saya menerima apa sahaja bentuk penyelesaian, jika perlu diselesaikan mengikut adat istiadat Sarawak, saya terima. Saya sanggup,” katanya.

Kes disiasat kerana sengaja mengaibkan dengan niat

Dalam pada itu, Ryzal mengakui sudah berhubung dengan pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri berhubung laporan polis yang dibuat ke atasnya bagi memberikan kerjasama.

Kes disisat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Ryzal samakan baju tradisi kaum Iban seperti kain buruk

Terdahulu, tular sepotong video yang dirakamkan Ryzal sendiri mengulas mengenai pakaian Ngepan Iban yang dipakai Maryam untuk satu program televisyen.

Dalam video terbabit, Ryzal menyamakan pakaian terbabit seperti kain buruk, duit syiling dan alas televisyen yang kemudiannya mencetuskan kemarahan ramai.