[VIDEO] Jenazah Ditemui, Ini Kata-kata Hajah Fauziah Nawi

Berita kehilangan Mohd Firdaus Haji Mohamad Hanif ketika keluar memancing bersama rakannya telah diketahui umum.

Sekitar semalam dan hari ini pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui jenazah, Pitt Hanif yang juga anak kepada pelakon Fauziah Nawi sebentar tadi.

Menerusi laman sosial Facebook, Fauziah berkongsi berita sedih itu dan memberitahu bahawa, beliau baru sahaja dimaklumkan mengenai penemuan itu oleh adiknya yang berada di lokasi.

“Saya Hajjah Fauziah Haji Nawi ingin mengumumkan bahawa jenazah anak saya Mohd Firdaus Haji Mohamad Hanif ataupun dikenali sebagai Pit Hanif telah pun ditemui dalam keadaan yang sangat elok,” umum Fauziah secara langsung di Facebook peribadinya.

Sementara itu, dalam keadaan sebak, seniwati itu berterima kasih pada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan Allahyarham Pitt sepanjang kehilangannya.

Arwah yang lebih mesra dikenali Pitt Hanif, 43, yang juga seorang pengarah filem hilang sejak Sabtu selepas bot fiber dinaiki di Sungai Jelai dekat Jambatan Gemunchur Mela, Lipis, Pahang sekitar pukul 1 tengah hari.

Akhirnya pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) akhirnya menemui jenazah Mohd Firdaus Mohamad Haniff  selepas bot fiber dinaiki karam di Sungai Jelai dekat Jambatan Gemunchur Mela, Lipis, Pahang sekitar pukul 1 tengah hari pada Sabtu.

Pengesahan turut dibuat ibu Allahyarham yang juga pelakon, Fauziah Nawi menerusi laman Facebook miliknya sebentar tadi.

 

“Alhamdulillah jenazah anakandaku Allahyarham Mohd Firdaus Haji Mohd Hanif aka Pitt Hanif sudah ditemui”.

Sementara itu, pelakon Fauziah Nawi membuat beberapa posting yang mengundang sebak mengenai arwah Pitt Hanif.

“Selamat belayar ke pelabuhan jauh anakandaku Mohd Firdaus Haji Mohd Hanif. Tunggu mama”.

Satu video dimuat naik oleh pelakon Fauziah Nawi mengenai pengesahan jenazah anakandanya itu.

Semoga keluarga dan sahabat handai arwah diberikan kekuatan mengharungi detik perpisahan ini.