[VIDEO] “Intan Ladyana hamil?” Doa Ustaz Ebit Lew Jawab Teka-Teki Netizen

Bagi pasangan yang baru berkahwin atau baru berkahwin pasti menginginkan zuriat sebagai tanda kasih sayang mereka berdua. Begitu jugalah dengan pasangan selebriti ini iaitu Haris Alif dan Intan Ladyana.

Spekulasi dan tanda tanya netizen selama ini akhirnya terjawab apabila Haris memuat naik video bersama dengan seorang pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew dan meminta doa untuk isterinya.

Justeru, Ustaz Ebit Lew menitipkan doa agar mereka berdua bahagia sehingga ke syurga dan sehingga maut pun tidak dapat memisahkan mereka sekaligus mendoakan agar kandungan Intan dilindungi Allah dan menjadi anak yang soleh dan solehah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Harris Alif (@harrisalif)

“Ustaz ada doa tak untuk isteri saya” kata Haris.

“Semoga Harris dan Intan sentiasa bahagia sampai bila-bila, mati pun tak dapat dipisahkan sampai ke syurga Firdaus.

“Mudah-mudahan selamat insya-Allah kandungan anak soleh solehah, zuriat sampai kiamat dan berbuat kebaikan atas dunia ini. Insya-Allah. Allah sayang.”

Persoalan akhirnya terjawab dengan ucapan yang diberikan kepada ‘kandungan’ isterinya kerana netizen tertanya tanya tentang gambar yang dimuat naik oleh Intan sambil menutup bahagian perutnya dengan bantal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Harris Alif (@harrisalif)

Perkongsian Haris di Instagram itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya turut mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan Allah SWT.

Sebelum ini Haris Alif telah memuat naik gambar perkahwinan mereka berdua dengan ucapan terima kasih di atas hadiah yang paling bermakna dalam hidupnya dan telah mendapat banyak doa dari netizen yang mendakwa isterinya kini sedang hamil namun Haris tidak mengesahkan perkara itu.

“Hadiah yang paling bermakna. Terima kasih semua atas ucapan dan ingatan. Semoga Allah balas jasa baik semua yang mendoakan.”

Intan Ladyana dan Haris Alif sememangnya pasangan yang tiada kontroversi sejak dahulu lagi serta mereka berdua sebelum ini merahsiakan hubungan mereka sehingga tiba hari perkahwinan.

Intan dan Haris juga telah diijab kabulkan pada bulan Februari yang lalu dan mendapat perhatian netizen oleh kerana jurang umur mereka yang agak jauh iaitu 17 tahun namun menurut Intan, Haris merupakan seorang yang matang dari umurnya.