[VIDEO] “Ini keperluan Sam sendiri,” Dikecam Gantung Vape/Pod Live Di TV, Shaheizy Sam Beri Penjelasan

Pelakon popular Shaheizey Sam telah menerima kecaman daripada netizen selepas dilihat menggantung ‘pod’ atau rokok elektronik di leher ketika muncul dalam sebuah penganjuran majlis anugerah yang disiarkan secara langsung malam tadi.

Sam yang ketika itu menjadi hos penyampai mengenakan persalinan baju Melayu lengkap bersongkok dilihat menggantung alat berkenaan sebagai ‘aksesori’ .

Malah, lebih mencuri tumpuan, bukan satu, malah terdapat empat unit pelbagai warna yang jelas kelihatan didakwa seolah-olah cuba mempromosikan produk berkenaan secara tidak langsung.

Menerusi laman Twitter, tindakannya itu dikritik kerana disifatkan sebagai tidak profesional.

“Saya betul-betul terkejut bagaimana Shaheizy Sam boleh dibenarkan bercakap di atas pentas dengan pod nya itu. Ini sebuah acara besae, kamu memakai baju Melayu, songkok dan tiba-tiba ada pod?

“Anda sepatutnya lebih bijak bagaimana nak promosikan produt dengan cara yang profesional,” tulis pemilik akaun @lowkey_noob.

Perkongsian tersebutkemudian menerima lebih 6,000 ulang kicau dan lebih 7,000 tanda suka dalam kalangan netizen.

Malah, di ruangan komen, rata-rata mendakwa hal tersebut tidak patut terjadi berikutan membawa mesej yang tidak baik kepada penonton apabila cuba mempromosikan rokok elektronik di kaca televisyen.

Dalam pada itu, tindakan Sam itu turut menerima kecaman di laman Facebook, Public Health Malaysia.

“Sedih sangat melihat budaya buruk dipromosikan sebegini. Bukan tak ada ahli produksi yang boleh menyaring penampilan selebriti sebelum live di kaca televisyen.

“Usah sembang mengenai pematuhan SOP, jika promosi vape sebegini pun boleh lepas dalam tayangan siaran langsung di televisyen,”

Menerusi laporan Kosmo!, Sam menjelaskan bahawa tindakannya itu adalah satu perbuatan yang tidak disengajakan.

“Terlupa sebab kelam-kabut. Memang sejak dahulu lagi, saya ke hulu ke hilir bawa banyak vape sebab bateri cepat habis,” katanya ringkas.

Namun ada yang beranggapan tindakan Sam sebagai sebuah strategi pemasaran memandangkan dirinya mempunyai bisnis menjual pod.

Video Sam mohon maaf isu pod

Terbaru, menerusi perkongsian di laman Facebook miliknya, Sam telah memuat naik video permohonan maaf di atas kesilapannya itu.

Menurutnya perkara tersebut tidak disengajakan.

Rata-rata para peminat amat risau dengan tabiatnya yang dikatakan sangat tidak sihat itu dan ada juga menasihatinya agar menjaga kesihatan.