[VIDEO] “Ini isu nyawa” Instafamous Pakai Gelang Pink Untuk ‘Prank’, Kerajaan Serah Pada Polis

Beberapa hari lalu, seorang personaliti media sosial berkongsi satu video di media sosial dan video tersebut mendapat perhatian ramai.

Video pakai gelang berwarna merah jambu di tangan

Menerusi laman Instagram, Chazynash memuat naik video prank dengan memakai gelang berwarna merah jambu di tangannya.

Video seolah lakonan itu menyaksikan Chazynash sedang menikmati makanan di sebuah warung dan memakai gelang pink cetus panik ‘pelanggan-pelanggan’ lain yang berada di situ.

Hanya lakonan semata-mata 

Menurut Chazynash, video tersebut hanya lakonan semata-mata dan bukan tujuan memperlekehkan mana-mana pihak.

Beliau memuat naik sejak 15 September lalu di laman Instagram Chazynash sendiri. Difahamkan, kesemua pelakon, setting lokasi dan jalan cerita telah dirancang oleh produksi ini.

Walaubagaimanapin, video tersebut menerima kemcaman teruk daripada netizen dan influencer ini telah menutup ruang komen di posting tersebut.

 

View this post on Instagram

 

Selamat Hari Raya Aidiladha dari Penang ❤️

A post shared by Chazynash (@chazynash) on

Tampil memohon maaf cetuskan rasa panik orang ramai

Ekoran dari itu, Chazynash tampil memohon maaf berhubung video prank yang didakwa mencetuskan rasa panik orang ramai. Dia bagaimanapun berniat untuk bergurau.

Tambahnya, video tersebut merupakan lakonan semata-mata seperti mana telah dirancang mereka dan pelakon terlibat juga adalah rakannya.

 

View this post on Instagram

 

Buang yang keruh, ambil yang jernih.

A post shared by Chazynash (@chazynash) on

Isu tersebut turut mendapat perhatian Menteri Kanan Keselamatan

Jelas beliau lagi, pembikinan video tersebut adalah bukan hendak memperlekehkan mana-mana pihak. Posting permohonan maaf tersebut bagaimanapun telah ditutup ruang komen.

Sementara itu, Menteri Kanan (Keselamatan) iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sebuah sidang media menyifatkan tindakan influencer itu boleh dikenakan tindakan undang-undang. Tindakan sedemikian dianggap menipu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jangan menipu menggunakan bahan dan peralatan Kementerian Kesihatan

Kalau dia tu betul-betul dikuarantin, keluar dengan pakai gelang tentu saja dia akan dikenakan tindakan.

Kalau dia tidak dikenakan kuarantin, tapi pakai gelang, dia juga menipu menggunakan bahan atau peralatan daripada Kementerian Kesihatan untuk tindakan tertentu bertujuan tertentu dan tujuan dia adalah menipu orang ramai.

Jangan jadikan sebagai bahan mainan

Dia pun salah melakukan perkara tersebut. Saya harap kita perlu bertanggungjawab. Jangan kita menjadikan ini sebagai bahan mainan atau ketawa.

Ini melibatkan isu nyawa, isu yang besar. Jadi, jangan menganggap ini perkara yang boleh dibuat lawak, dimain-mainkan kerana kesannya adalah amat besar.

Semoga kisah ini menjadikan contoh dan pengajaran kepada kita semua dan diharap semua orang bertanggungjawab dalam menjaga kesejahteraan negara.