[VIDEO] “Hina sangat ke duduk rumah setinggan, PPRT?” Kenyataan Syifa Melvin Dikecam Netizen

Nampaknya minggu ini hangat diperkatakan mengenai pelakon Syifa Melvin yang didakwa menjadi punca prestasi pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid merudum. Belum lagi reda dengan isu tersebut, Syifa terus dihimpit kontroversi panas lagi apabila didakwa menghina penduduk rumah setinggan dan PPRT. Tular satu video dimana adik kepada Syatilla Melvin itu sedang mempromosikan [...]

Minggu ini dunia hiburan dan sukan hangat memperkatakan mengenai pelakon Syifa Melvin yang didakwa menjadi punca prestasi pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid merosot.

Namun, belum lagi reda dengan isu itu, Syifa Melvin sekali lagi dihimpit isu panas apabila didakwa menghina penduduk rumah setinggan dan PPRT.

 

View this post on Instagram

 

Nak tanya,kalau hampa rindu boipren hampa, apa hampa buat? Kalau kami,kami buat bodoh🙊

A post shared by #KunciCintaAbadi (@syifamelvin) on

Di dalam perkongsian di laman Twitter, tular satu video di mana adik kepada pelakon Syatilla Melvin itu sedang mempromosikan koleksi turban.

Walau bagaimanapun, satu kenyataan dari Syifa telah menimbulkan kemarahan ramai netizen apabila Syifa mengatakan sesiapa sahaja yang memakai turban tersebut secara automatik akan nampak mahal walaupun duduk di rumah setinggan dan PPRT.

Kata-katanya itu disulami dengan gelak tawanya dengan seorang lagi wanita di dalam klip tersebut.

Seperti sudah dijangka kenyataan Syifa itu mengundang komen negtatif dan kecaman netizen yang menyifatkan kata-kata pelakon itu sangat biadap.

Malah ayatnya itu seolah-olah merendahkan golongan tidak berkemampuan yang tinggal di rumah setinggan dan PPRT.

“Salah satu kurang minat dengan syifa ni, mulut harey sungguh. hina sangat ke duduk rumah setinggan, rumah ppr? sedar la kau pun mula dari telor. done judge #syifamelvin #safawi #TMJ “

Di antara komen-komen netizen di Twitter

“Betul kata jep sepahtu=perempuan cantik x semestinya bijak … Tpi aku tambah sikit lagi @syifamelvin kak saya nk ckp sikit ni ..rezeki orng lain² ye jgn samakan orng lain dgn kau …tpi tula sedih juga kadang tudung mahal2 tpi x boleh pakai elok² Loudly crying face”

“@syifamelvin oke lah sapa yang dok ppr , setinggan tu at least dorang semua tu tau erti kehidopan n tak lupa diri , plus yang paling penting , janji tak GOLD DIGGER KAKI KIKIS BATAK BUDAK BOLA MACAM KAU . Nahh untok kau”