[VIDEO] “Hey lelaki, rezeki kamu datang dari redha kami” Ramai Bangkang Syafiqah Aina, Kata Rezeki Datang Dari Allah

Baru-baru ini, satu rakaman video yang dimuat naik personaliti media sosial Syafiqah Aina mendapat reaksi pelbagai dari warganet.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram, Aina memberikan pesanan kepada golongan lelaki untuk menghargai wanita terutamanya yang bergelar isteri.

Lelaki patut takut

“Perempuan sekarang ni dah lain. Once she comes back, she will coming back even stronger than you thought she could be”.

“Lelaki patut takut, wanita sekarang boleh jadi hebat tanpa bergantung pada sesiapa. Jagalah kepercayaan yang diberi,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syafiqah Aina (@syafiqahaina)

Aksi Aina bergerak setempat jadi perhatian

Selain itu, aksi personaliti media sosial ini yang bergerak setempat yang dirasakan canggung oleh kebanyakan netizen, kenyataan pengasas produk kecantikan itu juga diragui.

“Hey lelaki, kamu bukan sahaja gemukkan kami 9 bulan, kamu kena gemukkan hati kami dengan kebahagiaan”.

Rezeki kamu (lelaki) datang dari reda kami (wanita)

“Pernah tengokkan, ramai lelaki jatuh? Rezeki kamu datang dari reda kami. Jangan leka sangat dengan kecantikan sementara di luar sana”.

“Kecantikan kami boleh dibina, sebab kami wanita 2021,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syafiqah Aina (@syafiqahaina)

Rezeki datang dari redha Tuhan bukan redha perempuan

Malah, kenyataan yang dikongsikan itu dianggap kurang tepat turut mendapat perhatian pendakwah selebriti, Aiman Banna.

“Rezeki kita datang dari redha Tuhan, bukan dari redha perempuan.

“Ar-Razzaq, Maha Pemberi Rezeki itu hanya dan hanyalah Allah. Tiada makhluk boleh mengambil jawatan Tuhan ini sampai hari kiamat”.

Wahai lelaki bertuhankanlah Allah, jangan bertuhankan perempuan

“Adapun begitu, kita wajib layan perempuan seiiringan dengan apa yang Allah redha, yakni apa yang ada di dalam Quran & Sunnah”.

“Wahai lelaki, bertuhankanlah Allah, janganlah ‘bertuhankan’ perempuan. Sayangilah Allah melebihi semua makhluk,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aiman Banna (@aimaanbanna)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil dengan pandangan tersendiri sama ada bersetuju mahupun tidak mengenai isu berkenaan.