[VIDEO] “Hancur berkecai,” Penyelam Kongsi Keadaan Pesawat Sriwijaya Air Di Dasar Laut

Pesawat komersial Sriwijaya Air yang terputus hubungan selepas berlepas dari ibu kota Jakarta menuju ke Pontianak, disahkan terhempas di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta,

Menteri Perhubungan Indonesia, Budi Karya Sumadi berkata pesawat itu dipercayai terhempas di sekitar Pulau Laki dan Pulau Lancang, di kawasan perairan Kepulauan Seribu.

Boeing 737-500 membawa 62 penumpang 

Pesawat jenis Boeing 737-500 yang membawa 62 penumpang dan anak kapal itu dilaporkan terputus hubungan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta,jam 2.36 petang waktu Indonesia Barat.

Memetik laporan Berita Harian, kontak terakhir pesawat itu dengan menara kawalan udara adalah pada jam 2.40 petang waktu Indonesia Timur.

Difahamkan, pesawat itu dijadualkan tiba di Pontianak, jam 3.15 jam waktu Indonesia Timur (4.15 waktu Indonesia Barat).

Rakaman video pesawat sebelum berlepas

Menerusi perkongsian di laman Twitter, beberapa portal tempatan berkongsikan keratan rakaman video pesawat tersebut sebelum berlepas.

Pesawat berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta menuju ke Pontianak, selain video pasukan Navy Indonesia menemui serpihan pesawat berkenaan.

Rakaman bingkai pesawat di peraiaran Kepulauan Seribu

Sementara itu, satu lagi perkongsian di laman Twitter oleh AvGeek4 berkongsikan rakaman momen pesawat SJY182 yang baru sahaja dalam operasi berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta sebelum hilang dari radar.

Breakingavnews turut berkongsikan video rakaman pasukan Navy Indonesia telah berjaya menemukan bingkai pesawat SJY182 di peraiaran Kepulauan Seribu.


Turut temui pakaian mangsa pesawat

Susulan itu, mereka turut menemui barangan termasuk pakaian mangsa pesawat berkenaan.

Difahamkan, pihak berkuasa Indonesia telah berjaya menemui kotak hitam (black box) pesawat SJY182 berkenaan.

Keluarga mangsa terlubat perlu tampil berikan sample DNA

Kini, kesemua keluarga mangsa terlibat perlu tampil memberikan sample DNA bagi mengesahkan identiti mangsa.

Memetik laporan CNN, pihak berkuasa Indonesia telah berjaya menemui beberapa jasad mangsa di periaran berkenaan.

Beberapa tubuh mangsa yang telah ditermui senang dikenalpasti

Polis Jakarta iaitu Yusri Yunus melaporkan beberapa tubuh mangsa telah ditemui dan kini dalam proses untuk dikenalpasti.

Beberapa bahagian tubuh manusia ditemui dan kami telah membawanya ke hospital polis untuk dikenalpasti. Kami percaya barangan milik penumpang juga ditemui.

Salam takziah kepada semua ahli keluarga mangsa nahas yang terlibat. Semoga mereka diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian getir ini.