[VIDEO] “Free je..” Sebak Air Mata Neelofa ‘Lariskan’ Lagu Alif Satar & Raihan

Lagu Sesungguhnya 2019 menjadi fenomena apabila lagu tersebut diberikan nafas baru dan dinyanyikan semula oleh Raihan dan Alif Satar.

Pada tahun ini pula, sekali lagi mereka bekerjasama membuat kolaborasi dengan lagu Damba CintaMu yang juga lagu daripada kumpulan nasyid popular itu.

Penampilan khas seorang pelakon dan pengacara terkenal

Lebih menarik pada tahun ini apabila ada penampilan khas pelakon dan juga usahawan cantik, Neelofa dalam MV lagu tersebut.

Penampilan Neelofa dalam MV tersebut amay menyentuh jiwa apabila beliau tampil memakai telekung sambil menitiskan air mata diatas sejadah.

Neelofa buat secara percuma

Menerusi laporan Harian Metro, Alif berkata Neelofa melakukan itu semua dengan percuma tanpa menerima sebarang bayaran daripada syarikatnya.

“Dia buat secara percuma. Saya pun tak tahu macam mana Lofa boleh setuju. Saya sangat berbesar hati dan gembira”.

 

View this post on Instagram

 

Well, have you met Delika ? @naelofar

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

“Semasa menawarkan tugas itu, saya tanya berapa bayaran tapi dia cakap tak perlu. Buat dan rakam saja.”

Bertuah Neelofa terlibat dalam projek ini

“Saya terus macam, tak tahu lah. Lofa bagi produk susu, tudung kepada isteri dan ini buat video lirik secara percuma pula”.

“Lofa memang memberikan komitmen sepenuhnya. Apa saya minta dia buat saja tanpa bertanya apa-apa. Saya sangat bertuah dia terbabit dalam projek ini,”ujar Alif

Tertarik dengan gambar Lofa menangis di Arafah

Sementara itu menurut Alif lagi, dia bercadang memilih Neelofa dalam MV lagu tersebut kerana tertarik dengan gambar pelakon tersebut menangis semasa menunaikan Haji tahun lalu.

“Kalau imbas semula tahun lalu semasa Lofa buat Haji, ada gambar dia berdoa menangis di Arafah di tengah hujan.”

Sepatutnya dalam MV tersebut turut menampilkan Raihan dan juga dirinya, namun perkara tersebut tidak dapat diselesaikan kerana Perintah Kawalan Pergerakan sudah bermula.

“Neelofa  ada potensi menjadi pelakon ‘method’. Saya tahu kemampuan dia boleh menangis dan sedih. Jadi, dalam video ini saya nak dia menangis”.

“Dia datang studio awal tahun. Sebelumnya dia tanya nak mekap macam mana. Saya cakap tak nak, hanya bawa telekung hitam saja”.

“Kalau ikutkan saya dan Raihan patut ada juga dalam video, tapi disebabkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ketika ini, akhirnya Lofa seorang saja”.

Ditonton 300,000  kurang 24 jam

MV tersebut telah dimuat naik ke saluran YouTube semalan dan lagu Damba CintaMu telah pun berjaya mengumpul 300,000 tontonan walaupun tidak sampai 24 jam tayangan

 

View this post on Instagram

 

Dah setahun dah dari ‘Sesungguhnya 2019’… Ready for the next one?☺️ @raihaninternational

A post shared by Alif Satar™️ (@alifsatar) on

Alif dan Raihan pernah membuat projek lagu bersama dengan merakamkan semula lagu Sesungguhnya 2019 pada bulan Ramadan tahun lepas