[VIDEO] “Dulu Proton Wira kini Porsche” Berkat Doa Ibu, Mas Khan Beli Kereta Mewah

Doa seorang ibu sememangnya tiada hijabnya. Kasih sayang yang dicurahkan tiada tandingannya. Sesungguhnya kuasa seorang ibu itu sangat luar biasa kerana keberkatan seorang anak itu terletak pada ibunya.

Seorang pelakon yang juga seorang usahawan iaitu Mas Khan memuat naik satu posting di akaun Instagramnya dengan meluahkan rasa syukur dan gembira kerana akhirnya dia dapat membeli kereta idamannya iaitu kereta mewah jenis Porsche.

Katanya, segala yang dicapai itu adalah berkat doa daripada ibu bapanya yang sentiasa menjadi tunjang utama kejayaannya selama ini.

“Syukur Alhamdulilah terima kasih ya Allah ini berkat doa ibu, berkat saya manjakan ibu dan bapa saya, berkat saya happykan keluarga, rahmat ini saya dapat nikmat ini semua kerana Dia ”

“Betul tuhan tak biarkan hamba dia sendirian,dengan usaha semata-mata kita boleh ubah hidup kita sekelip mata dgn izin Dia dan berkat keluarga kita. Yang penting kita ‘Berkehendak Ingin Kan sesuatu’ kita mampu capai InshaAllah”

“Sabarlah dalam perjuangan,sabarlah bila jatuh dan sabarlah bila hendak meniti jalan, yang menang selalu di akhir cerita.”

“Bukan Porsche yang ingin saya sampaikan, tapi value of the porsche yang buat saya menilai hidup dari perspektif yg berbeza. Family first”

Menurut pelakon itu lagi, dia memulakan kariernya dengan hanya memakai kereta Proton Wira sahaja, kemudiaanya Hyundai dan seterusnya Mercedes Benz dan kini Porsche.

“Dalam hidup ni haruslah kena ada peringkat dan paling penting mama sentiasa ada bersama saya,” kata Mas Khan.

Perkongsian Mas Khan itu sedikit sebanyak telah memberi inspirasi kepada anak muda di luar sana untuk terus berusaha dan mempunyai peningkatan hidup. Justeru pengikutnya turut sama mendoakan kejayaan pelakon itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mas Khan (@maskhan_)

Bukan itu sahaja, Mas Khan turut mendapat ucapan tahniah daripada teman wanitanya Diana Nasimuddin kerana dapat membanggakan ibu bapa pelakon itu dengan dengan pencapaiannya memperoleh kereta mewah model Porsche 718 Cayman yang dianggarkan bernilai sekitar RM970,000 hinga RM999,000 dengan hasil titik peluhnya sendiri.

Terdahulu, Mas Khan menyifatkan kekasih hatinya, Diana Nasimuddin memiliki kualiti seorang wanita yang dicarinya selama ini.

Perkara tersebut dikongsi Mas Khan atau nama sebenarnya Mas Hidzhir Khan Mas Fadzillah Khan, 27, dalam sesi soal jawab bersama pengikut Instagramnya dalam InstaStorynya baru-baru ini

“Apa yang istimewa mengenai Diana? Maksud saya apa yang telah dia lakukan atau miliki sehingga membuatkan anda menyukainya?” tanya seorang pengikutnya dalam hantaran tersebut.

Seperti memberi bayangan tentang hubungan istimewanya bersama anak usahawan ternama itu, Mas memberitahu dia tertarik dengan keperibadian Diana yang disifatkan sebagai seorang wanita penyayang.

“Diana adalah segala-galanya. Dia melambangkan kualiti yang saya impikan dimiliki oleh seorang wanita.

“Dia juga satu dalam sejuta. Mengambil berat, bijak, berfikiran terbuka, matang, punya ciri keibuan, berpenampilan tinggi dan penyayang. Itulah Diana,” tulis pelakon drama Bukan Gadis Biasa itu.

Terdahulu, hubungannya bersama Diana, 39, mula dihidu selepas kedua-dua mereka kerap berkongsi foto bersama dalam akaun Instagram masing-masing.

Untuk rekod, Diana atau nama sebenarnya Nur Diana Nasimuddin merupakan anak kepada ahli perniagaan automotif terkenal, Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin.