[VIDEO] “Dont worry about us! We’re fine” Dikecam Sertai Misi Bantuan, Reaksi Suami Ardell Aryana Jadi Perhatian

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah kekal selamanya. Betapa besar kasih sayang ibu bapa yang dicurahkan kepada anak-anak.

Perjalanan membesarkan anak-anak bukan sesuatu perkara yang mudah terutama pada mereka yang baru mendapat cahaya mata sulung.

Namun begitu, kerana kasih dan cinta terhadap si anak, kedua-duanya sanggup berkorban apa sahaja bagi memastikan si anak dapat membesar dengan sempurna.

Ardell Aryana menyertai misi bantuan kemanusiaan Covid-19

Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon Nadzmi Adhwa mendedahkan tugas untuk menjaga anak yang masih kecil bukanlah sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi sejak ketiadaan isterinya.

Difahamkan, Ardell Aryana yang ketika ini berada di Sabah bagi menjalankan misi bantuan kemanusiaan Covid-19.

Baru tahu bukan senang jaga anak, selalu lepas kat isteri je

Berkongsi pengalaman itu, Nadzmi berkata ketika ini barulah dia sedar betapa hebat dan besarnya pengorbanan seorang ibu yang tidak pernah jemu dalam menjalankan tugas untuk menjaga anak-anak.

“Berpeluh peluh macam jogging nak bagi susu kat anak. Baru tahu bukan senang jaga anak ni. Selalu lepas kat isteri kita je”.

Betapa hebatnya pengorbanan seorang ibu dan isteri

“Betapa hebat nya pengorbanan seorang ibu dan isteri kita , tapi jangan lupa dasyatnya semangat seorang ayah #sindrombapakbapak,” tulisnya.

Pada masa yang sama, Nadzmi turut dilihat memberikan kata-kata semangat buat isterinya yang ketika ini dikatakan sedang dikritikan hebat oleh netizen yang mempersoalkan tujuannya untuk berangkat ke bumi Sabah.

Apa pun orang kata, saya tahu niat awak

“Apa pun orang kata pasal kita hanya saya tahu niat awak @ardellaryana . Dont worry about us ! We’re fine. we always have your back”.

“Keep helping those people in needs. Jangan bersedih, tetap dengan niatmu walau apa dugaan melanda”.

Maafkan lisan mereka, mereka tidak tahu

“Maafkan lisan mereka , mereka tidak tahu. Semoga Allah redha,” kongsinya lagi.

Doa saya sentiasa mengiringimu

Difahamkan, menerusi satu lagi video yang dimuat naik, Ardell telah pun berangkat ke Sabah sejak minggu lalu

beliau kini dilihat sibuk mengagihkan barang keperluan buat mereka yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19 ini.

Mintak kalian doakan isteri saya selamat pergi dan pulang

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menitipkan doa buat isterinya dan turut mendoakan Ardell selamat pulang ke pangkuan keluarga.