[VIDEO] “Doakan Allahyarham Diterima Sebagai Syahid” Sahabat ‘Pergi’ Akibat COVID-19, Paknil Doa Dan Ucap Takziah

Kementerian Kesihatan mengumumkan empat kes kematian akibat wabak Covid-19 pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak lapan orang dan Datuk Aznil Nawawi mengesahkan salah seorang mangsa merupakan sahabatnya.Jelasnya, Allahyarham Idris Bin Atan kembali ke rahmatullah sekitar pukul 3.30 petang tadi. Bintang yang sinonim disapa Pak Nil itu turut berdoa agar arwah ditempatkan di kalangan para [...]

Hari ini KKM telah mengumumkan empat lagi kematian disebabkan wabak COVID-19.

Salah seorang dari mangsa tersebut iaitu kematian ke-7 ialah rakan kepada personaliti terkenal Datuk Aznil Hj Nawawi yang lebih mesra dengan panggilan Paknil.

Menerusi Instagram miliknya, Paknil telah berkongsi berita duka tersebut dan mendoakan buat Allahyarham.

“Dukacita dimaklumkan sahabat #paknil Idris Bin Atan telah kembali ke Rahmatullah sekitar jam 3:30ptg tadi.

“Sesiapa yg mengikut siaran Live Paknil di IGTV semalam pasti tahu tentang penderitaan Allahyarham menghadapi serangan virus Covid19.

“Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama2 para syuhadah dan keluarga beliau kuat melalui detik kesukaran ini. AlFatihah (Dibaca).

“Diharapkan followers Paknil turut mendoakan agar Allahyarham diterima sebagai mati syahid angkara wabak. Amin

“Nantikan Paknil bersiaran Live di IGTV kul 9mlm nanti untuk perincian mengenai pemergian Allahyarham,”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm) on

Terdahulu, Paknil sempat membuat panggilan video kepada keluarga Allahyarham dan bertanyakan keadaan mereka.

Berikut adalah perbualan antara Paknil dan keluarga Allahyarham.

“SEMOGA KITA MENDAPAT PENGAJARAN DR PENGALAMAN ANAK INI

“Ayahnya (rakan paknil) kini kritikal akibat virus covid19. Dia dan kakaknya juga positif. Ibunya juga dalam pemerhatian. TOLONG JANGAN AMBIL RINGAN!!”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm) on