Bila manusia hilang pertimbangan maka dia akan melakukan sesuatu perkara di luar batasan tanpa memikir baik buruk sesuatu perkara tersebut.

Terbaru, tular di dada akhbar tentang kes kematian yang dipercayai bermula disebabkan pertengkaran melibatkan kes kecurian pembesar suara di Flat Ashby Road, Sungai Senam mencuri perhatian ramai pihak.

Menurut sumber, beberapa orang suspek yang juga anak beranak dipercayai turut terlibat dan membawa kepada kematian mangsa dan kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 7 pagi 25 November 2021.

Difahamkan, mangsa yang maut dicekik daripada belakang sewaktu berlakunya pergeutann dikenali sebagai Muhammad Noor Faqih Mohamed Ariffin yang berumur 29 tahun.

Menurut Ketua Polis Perak iaitu Datuk Mior Faridalathrash Wahid, dia mendedahkan bahawa pergelutan tersebut dipercayai berlakuk kerana suspek tidak berpuas hati dengan mangsa yang dikatakan mencuri pembesar suara milik salah seorang daripada mereka.

Mengulas lanjut, pada mulanya hanya berlaku pertengkaran mulut sahaja, namun lama kelaman pergelutan antara mereka terjadi hingga salah seorang meninggal dunia.

“Suspek dikatakan menjumpai mangsa bersama pembesar suara berkenaan. Pertengkaran berlaku sebelum seorang daripada suspek mencekak leher mangsa dari belakang.”

“Mangsa yang dipercayai mempunyai masalah mental itu meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Pemergian Muhammad Noor Faqih Mohamed Ariffin dapat dirasakan oleh rakan-rakan dan tenaga pengajar di tempat belajarnya oleh kerana dia merupakan graduan dari sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam(IPTA).

Menerusi laman Facebook, persatuan alumni menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa diatas pemergian Faqih.

“Assalamuailakum w.b.t. Dukacita dimaklumkan bahawa Faqih Ariffin telah kembali menghadap Ilahi pada pagi tadi.
Arwah merupakan Alumni Pelajar JKM DTP PSAS Batch 2012.”

“Kita doakan semoga roh arwah ditempatkan bersama mereka yang dapat rahmat dan kasih sayang dari Allah SWT.
Salam Takziah daripada kami barisan Alumni PSAS”

Apa yang lebih menyayat hati, video kematiannya juga turut tular dan sekaligus mengundang sebak ramai.

Baimanapun, beberapa orang suspek berusia 60, 43, dan 34 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.

Pihak berkuasa juga turut merampas sebilah pisau lipat yang ditemui di lokasi kejadian.

“Permohonan reman akan dijalankan ke atas ketiga-tiga suspek bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” ujar Ketua Polis Perak itu lagi.

Reaksi Netizen: