[VIDEO] “Diskriminasi pada wanita,” Anak Belum Dapat Kewarganegaraan, Loca B Luah Rasa Kecewa

Sebagai seorang ibu, pastinya kita mahu buat yang terbaik untuk anak-anak kerana tidak mahu melihat mereka susah dan menderita apabila dewasa kelak.

Namun menjadi seorang ibu bukanlah satu tanggungjawab yang mudah untuk dilakukan kerana pelbagai dugaan dan cabaran yang akan melanda demi membesarkan anak-anak.

Sama seperti kisah penyanyi rap wanita ini iaitu Loca B yang sebelum ini merupakan ibu tunggal yang membesarkan anak lelakinya Yusuf Alexender seorang diri.

Loca B Terkilan Anak Masih Tidak Dapat Kerakyatan

Baru-baru ini Loca B telah meluahkan rasa kesal dan kecewanya dia terhadap kerajaan Malaysia setelah segala usaha dan kerja kerasnya dalam mendapatkan kerakyatan anaknya di negara ini tidak berhasil.

Menurut penyanyi rap itu, anak lelakinya, Yusuf sepatutnya mendapat kerakyatan sebaik sahaja dia dilahirkan.

Malah Loca B juga mendakwa sepatutnya dia mendapat hak untuk menukar kerakyatan Yusuf.

Saya Mahu Dia Bersama Saya

Katanya lagi, anaknya  kini sudah berusia 6 tahun dan dia berasa bimbang dengan hal itu kerana selepas Yusuf berusia 7 tahun pada tahun hadapan, kemungkinan besar anaknya itu akan sukar mendapatkan kerakyatan di negara ini.

“Lepas berusia 7 tahun nanti hampir mustahil untuk dia mendapatkan kerakyatan. Yusuf akan berusia 6 tahun pada tahun hadapan dan saya risau dengan masa depan dia di negara ini. Saya cuma mahu dia bersama dengan saya, ia tidak sepatutnya sesukar ini untuk anak saya tinggal dengan saya di negara ini.”

“Tak kisah dengan siapa saya berkahwin atau dengan siapa saya bersama. Kalau lelaki boleh direct kenapa wanita tidak boleh?

“Kita tinggal di negara yang kerajaannya mendiskriminasi wanita. Kerajaan okey untuk menerima rayuan, untuk menidakkan hak saya sebagai wanita di negara saya.”

Tambahnya, memberi dua kerakyatan kepada anaknya itu bukanlah sesuatu yang sukar kerana Yusof mempunyai hak untuk memilih kerakyatannya apabila dewasa nanti.

“Apa yang dia boleh buat kalau dia ada dua kewarganegaraan pun sekarang sebab dia ada hak untuk memilih apabila sudah dewasa kelak.”

Kenapa Bapa Je Boleh Bagi?

Loca yang kecewa dengan hal itu meluahkan pengorbanannya selama ini membesarkan Yusof seorang diri sejak dia berhijrah ke negara orang dan telah berhabis duit membuat visa anaknya setiap tahun.

Bukan itu sahaja, dia turut mempersoalkan mengapa bapa sahaja yang boleh beri kerakyatan kepada anak sedangkan dia yang menjaga dan membesarkan anaknya itu.

“Ingat murah ke nak buat visa, kalau terlepas kena bayar RM700 tahu tak? Dulu aku tak ada duit, sakit! Tiap-tiap tahun nak renew kena bayar RM150, masih duit dan masa. Kalau kau warganegara Malaysia bagilah, kenapa bapa je boleh bagi?”

“So it means, I cannot renew my son’s visa sampai dapat surat hak penjagaan anak.”

Oleh itu, Loca berharap agar kerajaan dapat menitik beratkan permohonannya itu kerana dia hanya mahu Yusof tetap bersamanya.


Difahamkan, Yusuf Alexender yang berusia 6 tahun merupakan anak hasil daripada perkahwinan terdahulu Loca B bersama bekas suaminya yang bukan merupakan warganegara Malaysia.

Pada Oktober lalu, Loca B telah mendirikan rumah tangga bersama anggota kumpulan K-Clique iaitu Tuju dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Bintang Aiko.

Video tular di laman Instagram

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LOCA B (@kuning.langsat)