[VIDEO] Detik-Detik Sempat Dirakam Dipercayai Dari Bot Nelayan Terbalik di Kelantan

Sekitar hari ini, kita dikhabarkan dengan kejadian bot terbalik dipukul ribut dalam satu nahas.

Kejadian tersebut melibatkan 20 individu di perairan Kelantan semalam masih belum belum berakhir.

Mereka keluar memancing dan mencandat sotong

Dalam kejadian semalam, seramai 20 individu termasuk tekong dan awak-awak dilaporkan keluar memancing dan mencandat sotong sekitar jam 3 petang.

Difahamkan, tragedi itu berlaku kira-kira 10 batu nautika dari Jeti Projek Pemasaran Ikan Kuala Kemasin.

12 mangsa berjaya diselamatkan bot nelayan

Berdasarkan maklumat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), seramai 12 mangsa telah berjaya diselamatkan bot nelayan berhampiran manakala empat mangsa ditemui lemas di tempat kejadian dan 4 lagi hilang.

Kesemua mangsa yang ditemui telah dibawa menaiki bot nelayan KNF 6682 ke Jeti Kuala Kemasin semalam.

Rakaman video situasi cemas yang sempat dirakam

Malangnya, bot kelas A TRF 641 dinaiki mereka itu telah dibadai ribut sebelum terbalik pada malam Isnin.

Salah seorang individu dari nahas bot terbalik sempat merakam detik-detik cemas keadaan bot ketika itu.

Keadaan ombak kuat dan suasana yang gelap

Menerusi rakaman berdurasi 18 saat tersebut, dapat dilihat bagaimana keadaan ombak dan bot ketika itu sebelum bot yang dinaiki mereka terbalik.

Video tersebut dikongsikan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menerusi halaman Facebook Muzakkir Hamid

 

Al-Fatihah kepada semua mangsa

Suasana atas kapal semalam semasa arwah sahabat saya Mat yang dipukul ombak dan ribut. Sempat dirakam”.

“Al-Fatihah kepada semua mangsa dan hati-hati kepada kaki pancing semua. Walaubagaimanapun ajal maut, rezeki adalah urusan Allah SWT”.

Jaket keselamatan penting walaupun pandai berenang

Sementara itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang turut berkongsi video berkenaan menerusi halaman Facebook dalam satu kenyataan berkata, nelayan atau individu yang turun ke laut hendaklah mementingkan soal keselamatan.

“Jaket keselamatan penting untuk dibawa dan dipakai semasa di atas bot walaupun kita pandai berenang”.

Cuaca tidak baik, tangguhkan hasrat ke laut

“Bot juga perlu sentiasa dalam keadaan baik. Jika cuaca tak baik, tangguhkan dulu hasrat nak ke laut (dan) sentiasa rujuk ramalan kaji cuaca,” ujar beliau.

Semoga keluarga mangsa yang terlibat tabah dengan dugaan yang menimpa dan diharap kisah ini menjadi iktibar kepada semua