[VIDEO] “Dasar org kaya mengambil kesempatan” Ali Puteh Cabar Aliff Syukri Bertemu

Baru seminggu Allahyarham Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, namun ada khabar tidak elok pula berlaku pada keluarganya.

Menerusi satu perkongsian Instagram, adik kepada Abam iaitu Ali Puteh telah memuat naik satu posting yang dituju khas buat Dato Alif Syukri.

Di dalam foto tersebut Ali telah mencabar Aliff Syukri untuk berjumpa dirinya dan keluarganya.

Malah, Ali juga menulis ‘dasar orang kaya yang mengambil kesempatab!!”

“Aliff Syukri.. Aku cabar kau jumpa aku dan keluarga.. Dasar orang kaya yang mengambil kesempatan!!”

Ramai rakan artis dan pengikut meninggalkan komen cuba menenangkan Ali.

“Ali, manusia seperti ini, elok diabaikan.. tiada guna menambah dosa pada yg berdosa..

“Ingat satu Ali, baca story aku, berduit itu satu ujian.. miskin itu satu ujian.. ganjaran yg berbeza, azab yg berbeza.. hindarkan, jauhkan, buang jauh jauh..” – sharnaazahmad

 

Menurut komen beberapa pengikut di Instagram, amarah Ali berikutan satu video live dari Aliff Syukri yang bertanyakan berkenaan harta peninggalan Allahyarham Abam.

Tengok live alif syukri. Apa laa cara tanya soalan macam tu.” – atiqahamirahnordin_

 


Rata-rata netizen menyatakan perkara itu tidak sepatutnya diutarakan oleh orang luar.

Video Live Aliff Syukri

Walau bagaimanapun sehingga kini masih tiada sebarang kenyataan dari Aliff Syukri berhubung isu ini.

Terdahulu, kita telah dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham Abam apabila beliau disahkan telah meninggal dunia awal pagi Isnin.

Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan lewat petang Isnin di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.